Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Masagos berkunjung ke Rumah Terbuka Hari Raya Menteri Ehwal Dalam Negeri Brunei

Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam dan Luar Negeri, Masagos Zulkifli mengeratkan lagi hubungan Singapura dengan Negara Brunei Darussalam semasa lawatannya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2015 08:24PM Dikemas Kini : 20 Jul 2015 09:56PM

SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam dan Luar Negeri, Masagos Zulkifli mengeratkan lagi hubungan Singapura dengan Negara Brunei Darussalam semasa lawatannya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Siang tadi, Encik Masagos serta isteri berkunjung ke Rumah Terbuka Hari Raya Menteri Ehwal Dalam Negeri Brunei, Pehin Badaruddin Othman serta menteri-menteri dan para pemimpin Brunei lain.

Encik Masagos diiringi Menteri Negara Pembangunan Negara dan Pertahanan, Dr Mohd Maliki Osman dan Menteri Negara Pembangunan Negara, Desmond Lee serta isteri masing-masing.

Encik Masagos akan menjadi tetamu terhormat di Rumah Terbuka anjuran Suruhanjaya Tinggi Singapura di Brunei untuk menyambut Hari Raya dan sambutan SG50.

"Suasana riang dan hangat daripada menteri-menteri di Brunei sering kita rasakan, tidak kurang tahun ini. Kemesraan yang disampaikan oleh menteri-menteri semua dapat dirasakan," kata Encik Masagos.

"Di atas hubungan erat antara kementerian-kementerian kami terutama sekali dengan saya di Kementerian Pertahanan, kami menghargai ruang yang diberi oleh Brunei untuk kami berlatih di sini. Ini menunjukkan tali perhubungan yang amat erat yang telah terjalin selama ini antara Singapura dan Brunei," jelas Dr Maliki.  

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan