Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Makkah mula kosong pada Hari Raya kedua, penduduk tempatan amalkan puasa sunat

Bagi penduduk Makkah, hari raya kedua adalah kesempatan terbaik untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram kerana keadaan yang agak lengang sekali.

Anggaran Waktu Membaca:
Makkah mula kosong pada Hari Raya kedua, penduduk tempatan amalkan puasa sunat

Umat Islam mengerjakan ibadah di Masjidil Haram pada 16 Julai 2015, iaitu hari terakhir bulan Ramadan. (Gambar: AFP / STR)

Diterbitkan : 18 Jul 2015 06:37PM Dikemas Kini : 18 Jul 2015 06:47PM

MAKKAH, ARAB SAUDI: Sekitar 3 juta umat Islam berhimpun di Masjidil Haram pada hari Jumaat (17 Julai), bagi meraikan Aidilfitri dan melakukan solat.

Menurut Encik Ekhsan Murni Banjar Masin, yang sudah bermastautin di Mekah untuk lebih 30 tahun, kebanyakan orang tempatan di Makkah memang lazimnya mengambil kesempatan untuk berhari raya di Masjidil Haram.

Menurut Encik Ekhsan, langkah mengenakan kuota Umrah memang berkesan bagi mengelak kesesakan sepanjang akhir Ramadan.

Namun, keadaan kota Makkah akan mula kosong pada hari raya kedua, iaitu hari ini.

Dan bagi penduduk Makkah, itulah kesempatan terbaik untuk melakukan ibadah di Masjidil Haram kerana keadaan yang agak lengang sekali.

Masuk hari raya kedua juga, ramai penduduk Makkah melakukan ibadah puasa sunat enam hari.

Oleh itu, mereka melakukan ziarah dan meraikan Aidilfitri pada sebelah malam, sebaik sahaja lepas berbuka.

Keadaan di kota itu seperti Ramadan masih berterusan sehingga berakhirnya ibadah puasa enam.

Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan