Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kebimbangan kos sara hidup yang meningkat jejas sambutan Aidilfitri di Malaysia

Bagi sesetengah orang, tuduhan terhadap PM Najib tidak begitu penting berbanding isu-isu periuk nasi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Jul 2015 08:27PM Dikemas Kini : 18 Jul 2015 08:53PM

KUALA LUMPUR: Kebimbangan terhadap kos sara hidup yang meningkat menjejas sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tahun ini.

Ramai rakyat negara itu juga mahukan jawapan terhadap tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal terhadap Perdana Menteri mereka, Datuk Seri Najib Razak.

Di tengah-tengah Kuala Lumpur, terletak Kampung Baru, perkampungan Melayu paling tua di bandar terbesar Malaysia ini.

Setiap Ramadan, ia mempunyai pasar yang popular di kalangan umat Islam yang ingin membeli barangan perayaan.

Bagaimanapun, cukai GST 6% yang dikuatkuasakan April lalu menyebabkan harga naik sehingga 20%, menjejas para pegerai yang ingin mengaup untung besar.

Seorang pegerai, Cik Masitah Mahat berharap kesemua 2,000 ketupat yang dibuatnya tahun ini, laris dijual.

"Sesungguhnya kos sara hidup yang lebih tinggi menjejas semangat perayaan tahun ini," kata Cik Masitah.

PM NAJIB JANJI UNTUK TANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP

Semasa lawatannya baru-baru ini ke Kampung Baru, Perdana Menteri Najib Razak berjanji untuk menangani kenaikan kos sara hidup.

Beliau menawarkan beg makanan serta cenderahati dan berusaha untuk menjalin hubungan yang lebih erat dengan masyarakat setempat.

Datuk Seri Najib kini terpalit dalam dakwaan bahawa berjuta-juta ringgit telah disalurkan daripada dana pelaburan negara 1MDB ke dalam akaun peribadinya.

Bagi sesetengah orang, tuduhan terhadap Najib itu tidak begitu penting berbanding isu-isu periuk nasi.

1MDB juga berusaha untuk membina hubungan dengan para penduduk di Kampung Baru.

Ia memberi AS$5.3 juta untuk mengubah suai Masjid Jamek - salah sebuah masjid tertua di Kuala Lumpur.

Kerja-kerja ubah suai termasuk mengadakan pusat masyarakat dan perpustakaan.

Para penduduk tempatan mengalu-alukan kemudahan baru itu tetapi ada yang prihatin tentang sumber pembiayaannya. 

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan