Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hubungan akrab Singapura-Brunei diperkukuh menerusi 2 rumah terbuka sempena lebaran

Hubungan akrab Singapura-Brunei diperkukuh menerusi dua majlis rumah terbuka sempena lebaran siang tadi.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hubungan akrab Singapura-Brunei diperkukuh menerusi dua majlis rumah terbuka sempena lebaran siang tadi.

Menteri Ehwal Dalam Negeri Brunei, Pehin Badaruddin Othman memenuhi undangan dua pemimpin Melayu/Islam setempat sebagai membalas kunjungan mereka ke Brunei Darussalam baru-baru ini.

Tahun ini, Menteri Masagos Zulkifli menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya di Kelab Masyarakat Tampines West.

Ia bagi membolehkan beliau mengundang bukan sahaja sahabat handai dan kaum keluarga tetapi juga para sukarelawan dan pemimpin akar umbi Tampines yang berbilang bangsa dan agama.

Encik Masagos bertemu kawan lamanya, Asmah Laili (kanan) yang sedang mengajar di satu kelas masak di kelab masyarakat yang sama. (Gambar: Laman Facebook Encik Masagos)  

"Ini adalah satu ciri khas di Singapura di mana setiap perayaan terbuka kepada semua bangsa supaya mereka dapat rasakan suasana perayaan untuk semua kaum." kata Encik Masagos.

Menteri Ehwal Dalam Negeri Brunei, Pehin Badaruddin Othman, turut diundang bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Beliau yang tiba di Singapura pagi tadi, hadir sebagai membalas lawatan muhibah Encik Masagos ke Brunei minggu lalu.

"Ini sebagai tanda hubungan yang akrab antara Brunei dan Singapura bukan sahaja di peringkat pemimpin-pemimpin, di peringkat negara, kita mempunyai hubungan yang akrab. Jadi untuk mengukuhkan lagi hubungan ini, kita tidak mengambilnya secara lewa, kita harus mengukuhkan, sentiasa mengukuhkan," jelas Pehin Badaruddin Othman, Menteri Ehwal Dalam Negeri Brunei.

Pehin Badaruddin juga sempat memenuhi undangan ke Rumah Terbuka Hari Raya di kediaman Menteri Negara Pembangunan Negara dan Pertahanan, Dr Mohd Maliki Osman.

"Saya berbesar hati kerana Pehin sudi datang ke mari untuk sama-sama memperatkan lagi hubungan tersebut," kata Dr Maliki.

Pehin Badaruddin dijangka bertemu Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean, bagi satu lagi majlis sambutan hari raya, minggu depan. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan