Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Beraya di kedai kerana tiada wang untuk bina semula rumah yang terbakar

Sebuah keluarga empat beranak terpaksa menyambut Syawal di kedai milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di Jerantut selepas rumah asal mereka musnah dalam kebakaran sejak Mei lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Beraya di kedai kerana tiada wang untuk bina semula rumah yang terbakar

Gambar hiasan. (Gambar: AFP / FADEL SENNA)

Diterbitkan : 22 Jul 2015 10:00PM Dikemas Kini : 22 Jul 2015 10:18PM

KUANTAN: Sebuah keluarga empat beranak terpaksa menyambut Syawal di kedai milik Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) di Kampung Pagi, Ulu Tembeling, Jerantut selepas rumah asal mereka musnah dalam kebakaran sejak Mei lalu.

Ketidaan wang untuk membina semula rumah menyebabkan Azizan Alias, 33 tahun, yang bekerja kampung dan abangnya Rizuan, 39 tahun, seorang pengawal keselamatan membuat keputusan menyewa kedai itu dengan bayaran RM46 sebulan.

Turut 'menetap' di kedai yang terletak kira-kira 200 meter dari tapak asal rumah mereka ialah bapa, Alias Ahmad, 61 tahun, yang menghidap kencing manis dan ibu, Zainab Abdul Karim, 58 tahun.

"Ini sahaja yang termampu...walaupun kami terpaksa menumpang tandas di kedai lain memandangkan tandas di sini sudah rosak," kata Azizan kepada Bernama semasa
dihubungi hari ini (22 Julai).

Azizan berkata pada 1 Syawal lalu, mereka turut meminta kebenaran daripada pemilik kedai sebelah yang masih kosong untuk memasang khemah yang dijadikan tempat tidur lapan adik-beradik yang pulang beraya.

Khemah itu digunakan oleh adik-beradik lelaki, manakala adik perempuan dan menantu tidur di dalam kedai itu bersama ibu bapanya, tambahnya.

Walaupun agak kekurangan, Azizan bersyukur kerana mereka masih boleh menyediakan juadah raya seadanya, dengan menggunakan dapur yang dibeli hasil sumbangan daripada orang ramai.

RUMAH HANGUS SEPENUHNYA, TINGGAL SEHELAI SEPINGGANG

Mengimbas mengenai kebakaran yang berlaku pada pukul 7 malam pada 14 Mei lalu, Azizan yang masih bujang berkata kebakaran berpunca dari litar pintas dan percubaan orang kampung untuk memadamkan api gagal kerana angin kencang menyebabkan api marak dengan cepat.

"Kami tinggal sehelai sepinggang. Peralatan di dalam rumah memang hangus sepenuhnya dan kami kerugian kira-kira RM150,000," katanya.

Azizan menambah penduduk kampung dan saudara-mara menyumbang pakaian terpakai dan beberapa kelengkapan yang penting untuk mereka 'memulakan' kehidupan di kedai itu.

"Kami harap ada yang dapat membantu supaya boleh membina semula rumah di
tapak asal. Walaupun kecil, rumah itu nanti akan lebih selesa untuk ayah dan ibu
yang sudah tua," katanya.  

Sumber : Bernama/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan