Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

50 sukarelawan belia singsing lengan hiburkan penghuni Rumah Tumpangan Wanita PERTAPIS

Seramai 50 sukarelawan belia menyingsing lengan untuk menghiburkan para penghuni Rumah Tumpangan Wanita PERTAPIS selain memberi inspirasi dan berkongsi kemahiran seni dengan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jun 2015 08:49PM Dikemas Kini : 28 Jun 2015 09:39PM

SINGAPURA: Seramai 50 sukarelawan belia menyingsing lengan untuk menghiburkan para penghuni Rumah Tumpangan Wanita PERTAPIS selain memberi inspirasi dan berkongsi kemahiran seni dengan mereka.

Acara 'IFTAR KASIH' itu dianjurkan buat pertama kalinya oleh Kumpulan Seni Persembahan Variasi, Damalee Communications dan Jawatankuasa Belia MESRA.

Bagi menyemarakkan lagi semangat menyambut Hari Raya, para penghuni Rumah Tumpangan Wanita PERTAPIS diajak untuk menghiasi perkarangan rumah tersebut dengan hiasan Hari Raya dan kad raya yang dibuat mereka sendiri.

Setelah itu, mereka mendapat bimbingan istimewa Cef Siti, cara-cara untuk menghiasi kek cawan dan mendengar perkongsian penuh inspirasi oleh pelakon Norman Ishak.

"Ia memberi sesuatu ketahanan diri anak-anak di sini supaya dapat mereka menapak ke depan lagi pada suatu masa nanti bila mereka keluar, mereka mempunyai sesuatu harga diri," kata Encik Hussaini Abdullah, presiden PERTAPIS.

Seramai 65 penghuni juga menerima barangan dan duit raya yang disampaikan oleh Setiausaha Parlimen bagi Kementerian Kesihatan dan Pengangkutan, Profesor Madya Faishal Ibrahim.

"Ini adalah satu jasa yang murni dan saya dapat melihat bagaimana kanak-kanak di sini merasa gembira dan rasa bersyukur dengan apa yang diberikan kepada mereka," jelas Dr Faishal.

Selain acara iftar ini, Kumpulan Seni Persembahan Variasi dan Damalee Communications juga menjalankan program 'The Rising Star' untuk membangunkan kemahiran seni dan perwatakan kanak-kanak di rumah tumpangan ini.

Penasihat Projek Iftar Kasih, Encik Raja Hamzah Raja Zulkifli berkata, "Ini adalah salah satu inisiatif yang baik untuk belia-belia di Singapura untuk bukan sahaja berseni, bersukan dan bergiat aktif dalam hal lain tapi bergiat aktif untuk lebih dekat kepada masyarakat."

Di samping itu, PERTAPIS juga baru-baru ini menerima derma sebanyak $180,000 dari cawangan belia Kelab NTUC iaitu nEbO.

Pihak PERTAPIS memberitahu dana itu dapat membantu meringankan beban dan tugas PERTAPIS dalam hal-ehwal penyelenggaraan rumah-rumah kebajikan yang di bawah kelolaannya.

IFTAR BERSAMA ANAK-ANAK PERTAPIS

Rumah Kanak-Kanak PERTAPIS pula menerima seorang tetamu istimewa.

Puan Halimah Yacob serta keluarganya hari ini (28 Jun) meluangkan masa untuk beramah mesra bersama anak-anak di rumah Kanak-Kanak PERTAPIS.

Beliau juga melihat sendiri perkembangan rumah tersebut.

Presiden PERTAPIS, Haji Hussaini Abdullah, serta beberapa Jawatankuasa PERTAPIS juga sama-sama hadir untuk majlis iftar yang penuh bermakna untuk anak-anak di rumah Kanak-Kanak PERTAPIS. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan