Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

115 anggota keluarga 'Haji Sujari' sambut lebaran bersama

Tahun ini, keluarga besar ‘Haji Sujari Hassan’ ingin membuat kelainan, dengan menyambut lebaran bersama 115anggota keluarga - ada yang dari sejauh Brunei Darussalam!

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Untuk mengumpulkan semua anggota keluarga berangkai di satu tempat dan masa bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan bukan satu tapi tiga generasi.

Selain di majlis-majlis perkahwinan, perjumpaan hari raya di rumah sanak-saudara merupakan satu-satunya peluang untuk kerabat keluarga berkumpul dan beramah mesra.

Namun disebabkan jadual masing-masing yang berbeza, hal itu juga agak sukar dilakukan lantas ada yang sehinggakan tidak dapat bersua muka selama bertahun-tahun lamanya.  

Maka itu, pada tahun ini, keluarga besar ‘Haji Sujari Hassan’ ingin membuat kelainan, dengan menyambut lebaran bersama semua anggota keluarga - ada yang dari sejauh Brunei Darussalam. Meskipun tidak semua yang dapat datang pada petang tadi, kemeriahannya masih terasa dengan kehadiran 115 ahli keluarga yang lain.

Untuk merakamkan detik ‘bersejarah’ itu, satu sesi bergambar beramai-ramai turut diadakan. Kali terakhir gambar keluarga besar ‘Haji Sujari’ itu diambil ialah pada tahun 1995 dan ketika itu keluarganya hanya sebesar 55 orang. Hari ini, bilangannya berkembang dua kali ganda kepada 120 orang.

Sempena SG50, tiga anggota generasi perintis dari keluarga itu juga diberi penghargaan. Habuan khas disampaikan kepada mereka sedang negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 bulan depan.

Pihak penganjur berharap perhimpunan ini dapat dijadikan contoh kepada generasi muda agar usaha serupa diteruskan pada masa-masa akan datang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nt/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan