Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Usaha Dr Chee hidupkan semula kerjaya politik tidak kesampaian

Usaha ketua Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan untuk menghidupkan semula kerjaya politiknya dalam pilihan raya umum kali ini, tidak kesampaian.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Usaha ketua Parti Demokratik Singapura (SDP), Dr Chee Soon Juan untuk menghidupkan semula kerjaya politiknya dalam pilihan raya umum kali ini, tidak kesampaian.

SDP bukan sahaja gagal memenangi sebarang kerusi, malah berdasarkan keputusan di dua Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dan tiga Kawasan Undi Perseorangan (SMC) yang ditandingi parti itu, jumlah undi yang diperolehinya merosot kepada 31.2 peratus.

Ini lebih rendah berbanding 36.8 peratus yang dicatat pada pilihan raya 2011.

Sebanyak 11 kerusi menjadi taruhan buat SDP dalam pilihan raya ini. Di tiga SMC dan dua GRC yang SDP bertanding, Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang dua pertiga peratusan undi.

Kawasan undi yang menjadi perhatian adalah GRC Holland-Bukit Timah yang diketuai Dr Chee. SDP meraih hanya 33.38 peratus undi di GRC tersebut, iaitu lebih rendah berbanding 39.92 peratus yang dicatat dalam pilihan raya 2011.

Dr Chee tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya terhadap kegagalan SDP untuk meyakinkan pengundi kepada dasar-dasar alternatif yang dibentangkan sepanjang kempen.

"Kami bentangkan visi alternatif untuk Singapura. Kami pujuk mereka untuk pilih kami ke Parlimen, tetapi itu tidak menjadi. Kami yakin dengan mesej kami, cara kami melaksanakan politik di Singapura dan kita harap ia adalah mesej yang mereka mahu pertimbangkan dalam kita melangkah ke masa hadapan," kata Dr Chee.

DAMANHURI: SDP HARUS LIHAT KEMBALI DASARNYA YANG PERLU DIPERHALUSI

Calon Melayu SDP Marsiling-Yew Tee, Damanhuri Abas menyatakan prestasi kurang baik parti itu tidak boleh dianggap sebagai penolakan pengundi kepada usulan-usulan SDP sahaja.

"Untuk memutuskan itu adalah satu penolakan, kita harus betul-betul lihat. Mungkin. Saya tidak tahu lagi.Besar kemungkinan ada fakta-fakta nasional lain yang mempengaruhi.

"Kami di pihak SDP pasti harus lihat kembali adakah perkara lain seperti dasar kita harus diperhalusi lagi, diperbaiki lagi. Kita juga harus melihat maklum balas yang diterima waktu berkempen," ujar beliau.

Bagaimanapun Encik Damanhuri berharap pilihan raya ini akan membuka lebih banyak peluang untuk beliau terus membantu masyarakat.

Sepanjang kempen pilihan raya, SDP banyak mengutarakan dasar-dasar alternatif yang dikatakan bakal melindungi kebajikan rakyat Singapura - dari skim kesihatan hinggalah perlaksanaan gaji minimum.

Kekalahan SDP bermakna cita-cita ketuanya, Dr Chee, untuk menghidupakan semula kerjaya politiknya tidak kesampaian selpas hampir 15 tahun tidak dibenakan bertanding di pilihan raya.

Meskipun kecewa dengan keputusan yang diraih itu, tentu sekali bulan kali terakhir kita melihat Dr Chee di persada politik negara.

Seperti kata Dr Chee sendiri kepada para penyokongnya: "Terima kasih. Jumpa anda dalam masa lima tahun!" 

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan