Tharman: Rakyat mahu kemajuan stabil, bukan langkah mendadak
Rakyat Singapura tidak mahu melihat satu langkah ke hadapan yang mendadak, tetapi ingin menyaksikan kemajuan yang stabil serta azam yang kukuh untuk mempertingkatkan kehidupan mereka.
SINGAPURA: Rakyat Singapura tidak mahu melihat satu langkah ke hadapan yang mendadak, tetapi ingin menyaksikan kemajuan yang stabil serta azam yang kukuh untuk mempertingkatkan kehidupan mereka.
Demikian kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam. Beliau menambah ia bukan sahaja "menggalakkan", tetapi juga menunjukkan kearifan rakyat Singapura.
Encik Tharman berkata demikian di satu lawatan bertemu penduduk di Jurong West hari ini, hanya beberapa jam selepas Parti Tindakan Rakyat (PAP) meraih hampir 70 peratus undi di Pilihan Raya Umum.
Encik Tharman menerajui pasukan PAP di GRC Jurong, yang menewaskan Parti Warga Diutamakan (SingFirst) dengan meraih peratusan undi tertinggi, iaitu 79.3 peratus.
"Rakyat di seluruh negara memutuskan untuk memberikan keyakinan kepada PAP, dari segi kepimpinan dan juga rancangan untuk masa depan.
"Saya rasa kami sudah menjalin persetujuan mengenai langkah masa depan bagi Singapura, yang melibatkan pendekatan seimbang, dari segi mana-mana dasar.
"Kami melangkah ke hadapan dengan yakin, namun dengan keseimbangan untuk memastikan rakyat Singapura dari semua usia dan kumpulan (pendapatan) mendapat manfaatnya."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.