Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Saktiandi Supaat akan bangkitkan isu prasarana, warga emas di Parlimen

Selang kurang seminggu Pilihan Raya Umum 2015 melabuhkan tirainya, para AP yang dipilih sudahpun giat mendekati penduduk untuk mendengar keperihatinan mereka di kawasan undi masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Selang kurang seminggu Pilihan Raya Umum 2015 melabuhkan tirainya, para AP yang dipilih sudahpun giat mendekati penduduk untuk mendengar keperihatinan mereka di kawasan undi masing-masing.

Seorang daripada mereka ialah AP GRC Bishan-Toa Payoh, Saktiandi Supaat, yang buat pertama kaliya mengadakan sesi bertemu penduduk semalam.

Para penduduk Toa Payoh East berpeluang bertemu AP baru mereka di Blok 18 Lorong 7 Toa Payoh buat julung-julung kalinya semalam.

Meskipun sesi itu hanya bermula pada pukul 7.30 malam, beberapa penduduk sudahpun menunggu giliran mereka setengah jam lebih awal.

Pakar ekonomi, Encik Saktiandi Supaat, 42 tahun, berkata beliau tidak berasa begitu janggal kerana sebenarnya, bukanlah muka baru di Toa Payoh East.

"Saya sudah berada di sini tiga tahun yang lalu. Ada juga penduduk yang datang ke sini sudah bertemu dengan saya kerana saya juga duduk bersama Encik Zainudin bila bertemu dengan penduduk. Jadi ada yang sudah, saya kira selesa dengan saya," jelas Encik Saktiandi.

Menurut Encik Saktiandi, beliau akan menggunakan kepakarannya dalam bidang ekonomi untuk menawarkan nasihat kewangan kepada para penduduknya.

Buat jangka satu hingga dua tahun ini, beliau berhasrat untuk bertemu seberapa ramai mungkin penduduknya.

Di Toa Payoh East, tambah beliau, terdapat ramai warga emas dan isu-isu yang diutarakan mereka juga pelbagai.

Dan ini diharap akan dapat membantu Encik Saktiandi mengetengahkannya nanti di Parlimen, terutama bantuan khusus yang diperlukan.

"Umpamanya isu-isu seperti warga emas dan prasarana. Misalnya, bagaimana prasarana disediakan untuk warga emas menyeberangi jalanraya umpamanya. Prasarana yang boleh diperbaiki seperti lif-lif di jejantas. Kedua adalah mungkin pertolongan dari segi mereka yang tinggal bersendirian - warga emas. Bagaimana kita boleh menolong lebih banyak mereka dari golongan warga emas yang tidak berkahwin, tinggal berseorangan dan mempunyai masalah kesihatan," tambah Encik Saktiandi.

Encik Saktiandi berpendapat seorang AP haruslah bersikap ikhlas dalam menangani isu-isu agar dipermudahkan segala urusan.

Beliau sempat juga mengagihkan pelitup muka N95 kepada para penduduk di sesi tersebut.

Menurut para pemimpin akar umbi yang membantu Encik Saktiandi semalam, jumlah penduduk bagi setiap sesi biasanya melebihi 50 orang.

Sesi bertemu penduduk bagi kawasan undi Toa Payoh East diadakan setiap Selasa.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan