Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Rakyat S'pura di luar negara mengundi di 10 pusat mengundi, termasuk Beijing dan Dubai

Rakyat Singapura di luar negara turut mengundi bagi Pilihan Raya Umum 2015 di 10 pusat mengundi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Sep 2015 05:09PM Dikemas Kini : 11 Sep 2015 09:01PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura di luar negara mengundi bagi Pilihan Raya Umum 2015 di 10 pusat mengundi.

Terdapat kira-kira 4,800 rakyat Singapura di luar negara, yang didaftarkan sebagai pengundi.

Suruhanjaya Tinggi Singapura di Beijing membuka pintunya pada 8 pagi, waktu tempatan.

Seperti di Singapura, mereka juga boleh mengundi sehingga 8 malam.

Semua kertas undi dalam pusat pengundian di luar negara hendaklah dihantar pulang ke Singapura untuk dikira tempoh 10 hari selepas Hari Mengundi. 

Kedutaan Singapura di Dubai adalah tambahan terkini pada senarai itu selepas ia dipilih sebagai pusat mengundi luar negara awal tahun ini.

Pusat-pusat lain di London, Tokyo, Washington, Hong Kong, Shanghai, San Francisco, New York dan Canberra. 

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan