Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Para calon pilihan raya ucap terima kasih kepada penduduk

Sehari selepas Pilihan Raya Umum, calon-calon yang bertanding keluar menemui penduduk sepanjang hari ini untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Para calon pilihan raya ucap terima kasih kepada penduduk

PM Lee Hsien Loong dan pasukannya bagi GRC Ang Mo Kio melahirkan rasa terima kasih kepada penduduk. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 12 Sep 2015 06:21PM Dikemas Kini : 13 Sep 2015 12:40AM

SINGAPURA: Sehari selepas Pilihan Raya Umum, calon-calon yang bertanding keluar menemui penduduk sepanjang hari ini untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Ang Mo Kio menyampaikan penghargaan kepada para penduduk, di Hougang Spring.

PM Lee Hsien Loong dan pasukannya bagi GRC Ang Mo Kio mengucapkan terima kasih kepada penduduk. (Gambar: Channel NewsAsia)

Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam pula diraikan para penduduk di Jurong West Street 52. Pasukan Encik Tharman di GRC Jurong meraih 79.3 peratus undi, menewaskan Parti Warga Diutamakan (SingFirst) - iaitu peratusan undi terbesar dalam pilihan raya ini.

Pasukan PAP di GRC Bishan-Toa Payoh memulakan sesi bertemu penduduk awal pagi ini, dengan diketuai oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.

Di Pasar Pek Kio serta pasar Tanglin Halt, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing dan pasukannnya di GRC Tanjong Pagar bertemu penduduk bagi melahirkan rasa terima kasih kerana sokongan yang diberikan.

(Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)

Menulis di laman Facebooknya, Encik Chan menulis bahawa pasukannya akan terus bekerja keras bagi mengekalkan kepercayaan penduduk terhadap gaya kepimpinan parti.

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Lawrence Wong dan pasukannya turut menyampaikan penghargaannya kepada para penduduk GRC Marsiling-Yew Tee atas sokongan mereka.

Pasukan Parti Pekerja (WP) pula, walaupun tidak berjaya memenangi GRC East Coast, kelihatan pagi ini mengelilingi sekitar kawasan Bedok North bagi melahirkan rasa terima kasih atas sokongan penduduk. WP tewas di tangan pasukan PAP yang diterajui Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say di East Coast, setelah meraih 39.27 peratus undi. Seorang calonnya, Daniel Goh berkata beliau akan kembali ke kawasan undi itu.

Pasukan WP juga menyampaikan penghargaan kepada para penduduk di Hougang. 

(Gambar-gambar: Channel NewsAsia)

Pasukan-pasukan PAP bagi GRC Sembawang dan GRC Nee Soon turut bertemu para penduduk untuk mengucapkan terima kasih.

Pasukan PAP bagi GRC Sembawang yang diterajui Menteri Khaw Boon Wan. (Gambar: Facebook/Khaw Boon Wan)

Pasukan PAP bagi GRC Sembawang yang diterajui Menteri Khaw Boon Wan. (Gambar: Facebook/Khaw Boon Wan)

Pasukan PAP bagi GRC Nee Soon yang diterajui Menteri K Shanmugam menyampaikan penghargaan kepada penduduk. (Gambar: TODAY)

Pasukan PAP bagi GRC Nee Soon yang diterajui Menteri K Shanmugam menyampaikan penghargaan kepada penduduk. (Gambar: TODAY)

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan