Skip to main content

Iklan

Iklan

Kerusi NCMP yang dikosongkan tidak boleh diserahkan secara automatik

Jawatan NCMP bukanlah sesuatu yang boleh sewenang-wenangnya diserahkan kepada seorang lagi calon pembangkang, jika calon pertama yang layak menyandang jawatan itu memutuskan untuk menolak jawatan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Kerusi NCMP yang dikosongkan tidak boleh diserahkan secara automatik

Parlimen Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 13 Sep 2015 02:45PM Dikemas Kini : 13 Sep 2015 02:47PM

SINGAPURA: Menurut undang-undang negara, jawatan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), bukanlah sesuatu yang boleh sewenang-wenangnya diserahkan kepada seorang lagi calon pembangkang, jika calon pertama yang layak menyandang jawatan itu memutuskan untuk menolak jawatan tersebut.

Isu itu timbul selepas calon Parti Pekerja (WP) Lee Li Lian, yang bertanding di SMC Punggol East, memberitahu pihak media bahawa beliau tidak berminat untuk menerima jawatan NCMP itu.

Walaupun tewas kepada calon PAP Charles Chong, Cik Lee memperolehi 48.24 peratus undi.

Sebelum ini, ada sesetengah pihak menjangkakan jawatan NCMP itu akan ditawarkan kepada seorang lagi calon WP, Dennis Tan, yang tewas di tangan calon PAP Cheryl Chan dalam persaingan di SMC Fengshan, serta dua lagi anggota dari pasukan WP yang bertanding di GRC East Coast, yang juga merupakan calon yang kalah dalam Pilihan Raya lalu tetapi memperolehi antara keputusan terbaik bagi senarai calon yang kalah.

Bagaimanapun, menurut Akta Pilihan Raya Parlimen, calon NCMP yang layak mesti mengangkat sumpah jawatan di sesi pertama atau kedua Parlimen.

Jika calon itu gagal mengangkat sumpah, maka parlimen akan memutuskan jika dewan mahu mengisytiharkan kerusi itu dikosongkan dan diperuntukkan kepada seorang lagi calon pembangkang yang layak.

Ini bermakna WP mesti membuat pilihan, sama ada membenarkan Cik Lee untuk mengosongkan kerusi NCMP itu dan berdepan dengan risiko parlimen yang dikuasai PAP, tidak akan membenarkan parti pembangkang itu untuk mencalonkan seorang calon alternatif, ataupun mengambil masa sebelum sesi pertama atau kedua Parlimen bagi meyakinkan Cik Lee untuk menyandang jawatan NCMP tersebut. 

Sumber : CNA/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan