Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Heng Swee Keat: Keputusan pilihan raya tunjukkan S'pura sokong rancangan PAP bawa negara ke hadapan

Menteri Pendidikan Heng Swee Keat berkata, mandat kuat yang diberikan oleh rakyat Singapura kepada PAP, menjadikanya lebih penting untuk parti itu mendekati rakyat secara lebih luas.

Anggaran Waktu Membaca:
Heng Swee Keat: Keputusan pilihan raya tunjukkan S'pura sokong rancangan PAP bawa negara ke hadapan

(Gambar: Shushan Lam)

Diterbitkan : 14 Sep 2015 09:35AM Dikemas Kini : 14 Sep 2015 09:57AM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Heng Swee Keat berkata, mandat kuat yang diberikan oleh rakyat Singapura kepada PAP, menjadikanya lebih penting untuk parti itu mendekati rakyat secara lebih luas.

Beliau menambah, keputusan pilihan raya itu menunjukkan bahawa rakyat Singapura menyokong rancangan parti tersebut untuk membawa negara ini ke hadapan.

Encik Heng berkata, pemerintah PAP mengambil pendekatan yang lebih bersifat berunding sejak beberapa tahun lalu.

Beliau bercakap kepada pihak media semalam, sebelum bertemu dengan para penduduk di GRC Tampines, untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Encik Heng mengetuai pasukannya yang menewaskan NSP di kawasan undi tersebut, dengan mendapat 72 peratus undi. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan