Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Heng: Kemenangan besar bukti rakyat sokong pelan PAP untuk S'pura

Menteri Pendidikan Heng Swee Keat berkata kemenangan besar kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) menunjukkan rakyat menyokong pelan parti itu untuk membawa Singapura maju ke hadapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2015 07:18PM Dikemas Kini : 13 Sep 2015 09:19PM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Heng Swee Keat berkata kemenangan besar Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya menunjukkan rakyat menyokong pelan parti itu untuk membawa Singapura maju ke hadapan.

Beliau berkata demikian sebelum bertemu penduduk di Tampines bersama pasukannya, yang termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri Masagos Zulkifli, untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka, hari ini.

Dalam pilihan raya kelmarin, pasukan Encik Heng di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Tampines mengatasi Parti Perpaduan Nasional (NSP) dengan meraih 72 peratus undi.

Kata Encik Masagos: "Kami akan menjalankan sebaik-baiknya semua usaha supaya nilai hidup dan mutu hidup di Tampines semakin meningkat.

"Ini adalah satu mandat yang sangat besar yang diberikan kepada Perdana Menteri, dan ia akan membuat beliau lebih terdorong untuk membina pasukan yang akan menjadi pelapis generasi akan datang."  

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan