Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

George Yeo tidak jangka PAP raih kemenangan besar dalam Pilihan Raya 2015

Mantan Menteri Ehwal Luar George Yeo berkata beliau tidak menjangka Parti Tindakan Rakyat (PAP) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya 2015.

Anggaran Waktu Membaca:
George Yeo tidak jangka PAP raih kemenangan besar dalam Pilihan Raya 2015

Mantan Menteri Kabinet, George Yeo. (Gambar: CNA/Justin Ong)

Diterbitkan : 18 Sep 2015 02:51PM Dikemas Kini : 18 Sep 2015 03:08PM

SINGAPURA: Mantan Menteri Ehwal Luar George Yeo berkata beliau tidak menjangka Parti Tindakan Rakyat (PAP) meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya 2015.

Beliau menambah, ia juga mengejutkan ramai yang lain.

Encik Yeo berkata demikian kepada pihak media di luar satu acara seni di Taman Bedok Reservoir.

Encik Yeo berkata, pasukan PAP di GRC Aljunied juga berjaya memikat semula sokongan dari sebahagian besar penduduk.

Pasukan PAP yang dipimpin Anggota Parlimen veteran Yeo Guat Kwang kalah dengan jumlah undi yang tidak banyak berbeza dengan Parti Pekerja (WP) dengan meraih sekitar 49.05 peratus undi, lebih baik daripada jumlah yang diraih dalam Pilihan Raya 2011, iaitu sebanyak 45.3 peratus. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan