Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Yaacob: Pemerintah mahu terus bekerjasama dengan Melayu/Islam

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim berkata pemerintah berharap dapat terus bekerjasama dengan masyarakat Melayu/Islam bagi mewujudkan masa depan yang lebih baik, pada masa akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Yaacob: Pemerintah mahu terus bekerjasama dengan Melayu/Islam

Dr Yaacob Ibrahim (tengah) dan menteri lain di sidang media PAP selepas PAP menang pilihan raya. (Gambar: Channel NewsAsia)

Diterbitkan : 12 Sep 2015 07:22AM Dikemas Kini : 12 Sep 2015 07:31AM

SINGAPURA: Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim berkata pemerintah berharap dapat terus bekerjasama dengan masyarakat Melayu/Islam bagi mewujudkan masa depan yang lebih baik, pada masa akan datang.

Dr Yaacob, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, berkata demikian di sidang media Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diadakan selepas PAP memenangi Pilihan Raya Umum 2015.

"Saya rasa apa yang telah diberi dari segi mandat masyarakat Melayu/Islam Singapura ialah, mereka setuju dengan apa yang telah dilakukan oleh pemerintah PAP selama 50 tahun, oleh kerana dalam 50 tahun itu, banyak yang telah kita capai dari segi mutu hidup masyarakat Melayu/Islam Singapura, dan mereka juga inginkan mutu hidup yang lebih tinggi.

"Dan mesej saya kepada masyarakat Melayu adalah kita harus terus bekerjasama dengan pemerintah PAP demi untuk mendapat masa depan yang lebih cerah, lebih baik, bagi anak-anak mereka.

"Dan 50 tahun yang akan datang, kita harap Singapura aka menjadi lebih baik dengan apa yang kita ada sekarang," ujar Dr Yaacob.

Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Jalan Besar yang diterajui beliau, menewaskan Parti Pekerja (WP) dengan meraih 67.73 peratus undi dalam Pilihan Raya Umum kali ini.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan