Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Charles Chong: Juruaudit bebas mungkin dipanggil bagi Punggol East

Anggota Parlimen SMC Punggol East, Charles Chong berkata, juruaudit bebas mungkin akan dipanggil untuk menjelaskan akaun majlis bandaran Punggol East.

Anggaran Waktu Membaca:
Charles Chong: Juruaudit bebas mungkin dipanggil bagi Punggol East

Anggota Parlimen Punggol East, Charles Chong. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 15 Sep 2015 09:21AM Dikemas Kini : 15 Sep 2015 10:35AM

SINGAPURA: Juruaudit bebas mungkin akan dipanggil untuk mengesahkan akaun majlis bandaran SMC Punggol East, hanya jika fakta dan perangkaan menimbulkan kesangsian, kata Anggota Parlimen SMC Punggol East, Charles Chong.

Beliau berkata demikian kepada media sebelum sesi pertama bertemu penduduk yang diadakan di kawasan undi tersebut, semalam.

Encik Chong berkata, beliau berharap penyerahan urusan majlis bandaran itu dapat dijalankan dengan licin.

Beliau juga menjelaskan bahawa beliau sudah menghubungi Cik Lee Li Lian dari Parti Pekerja (WP) bagi menguruskan penyerahan majlis bandaran itu dengan lancar. Penyerahan majlis bandaran itu akan mengambil masa selama 90 hari.

Dalam masa yang sama, Pengerusi WP, Sylvia Lim berkata, parti itu akan membantu bagi memudahkan proses penyerahan majlis bandaran itu kepada calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Encik Chong, yang memenangi semula kawasan itu dalam pilihan raya Jumaat lalu.

Namun, kata Cik Lim, WP akan mendapatkan penjelasan dari Encik Chong mengenai dakwaan yang mengatakan bahawa majlis bandaran itu mempunyai akaun lebihan atau surplus sewaktu WP mengambil alih majlis bandaran tersebut dalam tahun 2013.

Bercakap kepada media sewaktu sesi pertama bertemu penduduk di kawasan itu setelah Pilihan Raya Umum, Cik Lim menambah, penjelasan itu penting bagi memastikan penyerahan majlis bandaran itu kepada PAP dijalankan dengan betul dan tepat.

Beliau turut menjelaskan bahawa WP sedang membincangkan mengenai kedudukan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) yang diberikan kepada calon yang kalah dalam pilihan raya lalu tetapi mempunyai rekod terbaik.

Mantan Anggota Parlimen Punggol East, Cik Lee Li Lian sudah memberi isyarat bahawa beliau tidak akan menerima tawaran itu.

Sumber : CNA/938LIVE/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan