Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala FA M'sia: Lebih 1,500 penyokong SingaXII ke Kuala Lumpur

Lebih 1,500 peminat SingaXII berangkat ke Kuala Lumpur pagi tadi (23 Mei) untuk menonton perlawanan bola sepak Piala FA Malaysia antara SingaXII dan Kelantan pada malam ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Piala FA M'sia: Lebih 1,500 penyokong SingaXII ke Kuala Lumpur

Para penyokong SingaXII di kawasan Geylang Serai sebelum berangkat ke Kuala Lumpur untuk Piala FA Malaysia pada 23 Mei. (GAMBAR: Anuwar Ariffin)

Diterbitkan : 23 May 2015 09:10AM Dikemas Kini : 24 May 2015 03:52PM

SINGAPURA: Lebih 1,500 peminat SingaXII berangkat ke Kuala Lumpur pagi tadi (23 Mei) untuk menonton perlawanan bola sepak Piala FA Malaysia antara SingaXII dan Kelantan pada malam ini.

Menurut Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), sekitar 5,000 peminat SingaXII dijangka tiba di Stadium Bukit Jalil.

Para peminat yang menghadiri perlawanan peringkat akhir itu diiringi dengan pegawai polis, dan satu kawasan di stadium dikhaskan untuk para penyokong dari Singapura.

Penyokong cilik Singa12. (GAMBAR: Anuwar Ariffin/BERITAMediaCorp) 

Masing-masing ghairah untuk memberi sokongan padu kepada pasukan negara, lebih-lebih lagi apabila Piala FA semakin hampir dalam genggaman.

Salah seorang penyokong SingaXII berkata: "Harapan itu memang tidak dapat dinafikan, pasal sejak 1994 kita tunggu, dah 21 tahun kita tunggukan satu kejayaan yang saya rasa amat dialu-alukan."

Seorang lagi peminat pula berkata: " Sudah beberapa tahun Singapura tidak dapat masuk Finals, jadi perasaan itu memang semangatlah, gemuruh. Good Luck Lions!"

Para penyokong Singa12. (Gambar: Anuwar Ariffin)

(Penyokong SingaXII. Gambar-gambar: Anuwar Ariffin) 

Penganjur rombongan Singapore Die-Hard Fans, Encik Akhbar Hashim, menempah sebanyak 30 bas untuk membawa 1,200 penyokong ke Stadium Bukit Jalil. Satu lagi rombongan seramai 300 orang dibawa oleh Encik Walter Koh.

"Memang amat terkejutlah, pasal jangka yang pendek hendak menguruskan sebanyak 1,200 penyokong untuk menyokong LionsXII supaya mendapat trofi balik ke Singapura," ujar Encik Akhbar.

Pihak berkuasa di Malaysia sudah mengerahkan 2,000 anggota keselamatan untuk menjaga keamanan dan kelancaran perlawanan.

Selain itu tempat letak kenderaan khas disediakan untuk bas-bas yang membawa para peminat Singapura yang kemudian diiringi polis untuk masuk ke stadium.

Piala FA diadakan seminggu setelah penyokong Terengganu mengganas selepas perlawanan antara Terengganu dan SingaXII.

Kemenangan perlawanan Sabtu lepas memberi pasukan SingaXII peluang untuk merangkul Piala FA buat pertama kalinya.  

PM LEE BERI KATA PERANGSANG

Sementara itu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong memberikan kata-kata perangsang kepada pasukan SingaXII, yang akan berdepan dengan Kelantan di perlawanan peringkat akhir Piala FA Malaysia.

Di laman Facebooknya, PM Lee juga berkata beliau berharap para penyokong SingaXII di Kuala Lumpur dapat menonton perlawanan itu dengan seronok.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan