Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala FA M'sia: Fandi yakin prestasi SingaXII

Jurulatih pasukan SingaXII, Fandi Ahmad yakin anak-anak buahnya akan menunjukkan permainan yang membanggakan apabila bertemu Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA Malaysia, Sabtu ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2015 08:40PM Dikemas Kini : 24 May 2015 04:40PM

SINGAPURA: Jurulatih pasukan SingaXII, Fandi Ahmad yakin anak-anak buahnya akan menunjukkan permainan yang membanggakan apabila bertemu Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA Malaysia, Sabtu ini.

Bercakap kepada para wartawan sejurus sebelum meninggalkan Lapangan Terbang Changi untuk ke Kuala Lumpur petang tadi, Fandi juga berpendapat pasukan SingaXII akan melakukan yang terbaik.

Ini merupakan julung-julung kalinya pasukan bola sepak tempatan layak ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia, selepas kembali beraksi dalam liga seberang tambak pada 2012. Sebelum ini, pasukan Singapura hanya layak ke peringkat suku akhir saja.

Dalam perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil lusa, FAS menyatakan langkah-langkah keselamatan akan diambil untuk mengekang kejadian rusuhan yang mencemari perlawanan separuh akhir menentang Terengganu, minggu lalu.

FAS juga akan bekerjasama dengan FAM untuk memastikan keselamatan semua penyokong SingaXII.

Hampir 3,000 tiket untuk perlawanan penentuan itu telah dibeli para penyokong Singa.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan