Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peluang Lions XII untuk mara ke separuh akhir Piala FA Malaysia semakin cerah

Peluang pasukan Lions XII semakin cerah untuk mara ke separuh akhir Piala FA Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
Peluang Lions XII untuk mara ke separuh akhir Piala FA Malaysia semakin cerah

Christopher van Huizen menjaringkan gol pertamanya untuk LionsXII semasa perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 8 April. (Gambar: LionsXII)

Diterbitkan : 09 Apr 2015 11:11AM Dikemas Kini : 24 May 2015 04:11PM

KUALA LUMPUR: Peluang pasukan Lions XII semakin cerah untuk mara ke separuh akhir Piala FA Malaysia selepas menundukkan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) 2-0 pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Jalan Besar semalam (8 Apr).

Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit kelima apabila Khairul Amri yang mendapat umpanan Faritz Hameed, berjaya mengelecek pertahanan lawan sebelum menewaskan penjaga gol JDT II, Mohd Anis Faron.

Perlawanan babak pertama tamat dengan kedudukan 1-0.

Babak kedua menyaksikan JDT II mula mengatur serangan kemas ke arah gawang tuan rumah, namun ketangkasan penjaga gol Lions XII berjaya menangkis percubaan berbahaya pasukan pelawat itu.

JDT II memperoleh peluang pada babak kedua perlawanan menerusi Akram Mahinan pada minit ke-67, namun beliau gagal menyempurnakan hantaran Baihakki Khaizan di depan pintu gol lawan.

Pada minit ke-70, pasukan pelawat berpeluang menyamakan kedudukan namun Shahril Ishak yang berada di hadapan pintu gol gagal menguis masuk hantaran lintang Mohd Syafuan Reduwan.

Dalam usaha mencari gol penyamaan, pasukan pelawat kemudian dihukum bermain dengan 10 pemain apabila Baihakki dilayangkan kad merah pada minit ke-81 kerana mengasari pemain tuan rumah.

Anak buah Fandi Ahmad mencuri peluang atas kekurangan pasukan pelawat itu untuk menjaringkan gol kedua menerusi rembatan kaki kiri pemain gantian Christopher Van Huizen pada minit terakhir perlawanan.

Lions XII bakal bertandang ke Stadium Pasir Gudang, Johor untuk perlawanan suku akhir kedua pada 22 April ini.

Sumber : Bernama/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan