Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Team Singapura Everest dipimpin pendaki wanita

Team Singapura Everest memulakan usaha mendaki gunung tertinggi dunia itu, diketuai seorang pendaki wanita.

Anggaran Waktu Membaca:

Team Singapura Everest memulakan usaha mendaki gunung tertinggi dunia itu, diketuai seorang pendaki wanita.

Nur Yusrina Yaakob mengetuai pasukan empat pendaki itu setelah ketua dan pengasas bersama pasukan itu, Muhd Hilwan Mohd Idrus tidak dapat turut serta kerana diserang angin ahmar.

Mula berlatih sejak 2010, pasukan itu dijangka mengambil masa lebih dua bulan untuk menawan puncak Everest.

BERTAFAKUR SEMINIT BUAT LKY

Bertafakur seminit menjadi pemula sidang media Team Singapura Everest pada Isnin lalu (23 Mac 2015), hari pemergian mendiang Lee Kuan Yew.

Pasukan empat anggota ini berlepas ke Nepal pada Rabu lalu bagi pendakian Gunung Everest setinggi 8,848 meter di atas paras laut, sempena perayaan SG50.

Anggota kumpulan yang sudah 13 tahun berkhidmat sebagai pegawai SCDF, Zulkifli Latiff, "Mendiang Lee Kuan Yew telah banyak menyumbangkan tenaga untuk para belia di Singapura dari segi sukan dan juga dari segi pendidikan. Saya rasa jika beliau masih ada, beliau akan pasti mahu melihat kami di puncak Everest."

Sewaktu pendakian latihan ke puncak Gunung Cho Oyu setinggi 8,201 meter di sempadan Tibet-China pada tahun lalu, seorang anggotanya, Ismail Latiff yang merupakan adik kepada Zulkifli dan juga seorang Timbalan Komander Platun DART SCDF, menjadi buta selama beberapa jam manakala ketua bersama kumpulan itu, Muhd Hilwan Mohd Idrus, diserang angin ahmar.

Menurut Encik Ismail, "Yang paling mencabar adalah persiapan dan juga untuk mencari wang untuk ekspedisi ini. Dan juga meluangkan masa untuk berlatih dan untuk memberi masa untuk bersama keluarga dan teman-teman dan juga pekerjaan saya juga. Dan ini adalah satu sumbangan saya untuk negara. Saya harap untuk memberi inspirasi kepada anak-anak muda. Kalau mereka ada dedikasi atau bekerja keras untuk memdapatkan sesuatu, mereka harus mencuba dan pergi penuh semangat."

LANGKAH PERTAMA SEBAGAI PEMIMPIN WANITA KEPADA 3 ANGGOTA LELAKI

Sebagai ketua bersama yang perlu membimbing pasukannya sendirian tanpa Muhd Hilwan kali ini, Nur Yusrina perlu memastikan pasukannya untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberi tempoh lebih dua bulan untuk menamatkan pendakian.

Katanya, "Contohnya kita akan lebih berhati-hati dengan membuat putaran kami di Everest, jadi badan kita lebih biasa dengan suhu dan keadaan yang kurang oksigen. Jadi bila badan kita sudah biasa dengan keadaan di sana, kita lebih selesa dan untuk mendaki gunung itu menjadi lebih senang. Rancangan bila kita sampai ke puncak ialah untuk mengibarkan bendera Singapura, itu yang pertama. Dan kemudian mengibarkan bendera para penaja kami."

BERI SOKONGAN MENERUSI PERANAN BARU

Walaupun tidak ikut mendaki kerana perlu periksa kesihatan setiap minggu, Kapten Bersama, Muhd Hilwan masih terlibat dalam projek itu.

"Perasaan saya memang rasa macam sedih. Kalau boleh, saya nak turut serta tapi rasanya saya boleh memainkan peranan yang lebih penting di sini sebagai seorang pegawai perhubungan kepada pihak media."

Team Singapura Everest dijadual memulakan percubaan menawan puncak Everest dari 20 hingga 28 Mei.

Apabila pulang pada Jun nanti, mereka berharap menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda khususnya dan masyarakat, amnya.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/rl
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan