Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih banyak dokumen milik Lee Kuan Yew bakal dipamerkan

Dua lagi dokumen milik mendiang Encik Lee Kuan Yew bakal dipamerkan kepada orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih banyak dokumen milik Lee Kuan Yew bakal dipamerkan

Sekeping memo dari Pengarah Pos kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew. (Gambar: Prime Minister Lee Hsien Loong's Facebook page)

Diterbitkan : 07 Apr 2015 12:00PM Dikemas Kini : 07 Apr 2015 12:48PM

SINGAPURA: Dua lagi dokumen milik mendiang Encik Lee Kuan Yew bakal dipamerkan kepada orang ramai.

Dokumen-dokumen itu adalah dari tahun 1950an semasa Encik Lee bertugas sebagai seorang peguam yang mewakili kesatuan-kesatuan seperti Kesatuan Kakitangan Pos dan Telekomunikasi.

Ini didedahkan hari ini oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Dokumen-dokumen yang disimpan di kediaman Encik Lee di Oxley Road itu akan dikongsi dengan Lembaga Warisan Negara (NHB) untuk dipamerkan kepada orang ramai di Muzium Negara.

Salah satu daripada dokumen itu adalah sekeping memo dari Pengarah Pos pada 1952 yang menyatakan bahawa beliau tidak membantah keputusan mendiang Encik Lee untuk mewakili kesatuan sekerja itu dalam rundingan bagi menghuraikan pertikaian dengan kerajaan British.

Rundingan tersebut gagal menemui jalan keluar dan para posmen kemudian melancarkan mogok.
"Atas nasihat bapa saya dan bantuan dari (mantan Menteri Kabinet) S Rajaratnam, yang menyunting sebuah akhbar ketika itu, para posmen berjaya mendapat simpati awam dan memperolehi gaji yang lebih tinggi, dengan syarat kerja yang lebih baik", ujar PM Lee.

Encik Lee ketika itu berkhidmat sebagai seorang peguam di Laycock & Ong dan menurut PM Lee, mendiang kemudian menjadi penasihat guaman kepada banyak kesatuan sekerja dan meluangkan lebih banyak masa kepada isu-isu yang berkaitan dengan kesatuan.

Satu lagi dokumen adalah sepucuk surat dari John Laycock kepada Encik Lee pada 1953.

Kata PM Lee, "Majikan bapa saya telah memaklumkan kepadanya bahawa beliau terlalu banyak meluangkan masa kepada isu-isu pertikaian gaji dan tidak seharusnya menerima kerja-kerja sedemikian tanpa izin khas dari Laycock."

Beberapa barangan peribadi Encik Lee kini dipamerkan di satu pameran bagi memperingati mendiang yang berlangsung di Muzium Negara sekarang.

Sumber : CNA/aw
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan