Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Upacara angkat sumpah Puan Halimah penuh dengan senyuman, ucapan tahniah

Puan Halimah, 63 tahun, tiba di Plaza Istiadat Istana sekitar 6.00 petang dengan berpakaian tradisional, berbeza daripada warna jingga yang dikenakan beliau baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Upacara angkat sumpah Puan Halimah penuh dengan senyuman, ucapan tahniah

Presiden Halimah Yacob dan suaminya Mohamed Alhabshee bergambar dengan para tetamu termasuk mantan presiden Tony Tan. (Gambar: Ministry of Communications and Information)

Diterbitkan : 15 Sep 2017 10:05AM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 04:35PM

SINGAPURA: Upacara angkat sumpah di Istana pada Khamis (14 Sep) dipenuhi dengan senyuman dan ucapan tahniah sedang Puan Halimah Yacob mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden kelapan negara.

Beliau juga wanita pertama menyandang jawatan tertinggi itu.

Puan Halimah, 63 tahun, tiba di Plaza Istiadat Istana sekitar 6.00 petang dengan berpakaian tradisional, berbeza daripada warna jingga yang dikenakan beliau baru-baru ini.

Warna itu - yang menurut Puan Halimah melambangkan perpaduan - menjadi tumpuan utama kempen pilihan raya presiden beliau.

Ketibaan mantan Speaker Parlimen itu disambut oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong bersama isteri PM Lee, Cik Ho Ching.

Selepas ketibaannya disambut oleh kawalan kehormatan, Puan Halimah kemudian memeriksanya buat pertama kali sebagai bakal Presiden bersama PM Lee.

Mereka kemudian menyanyikan Lagu Kebangsaan sebelum ke Bilik Negara Istana, di mana upacara itu bermula sekitar 6.20 petang dengan Lagu Kebangsaan sekali lagi.

Puan Halimah secara rasminya memulakan penggal enam tahun sebagai Presiden setelah mengangkat sumpah jawatan, yang turut disaksikan PM Lee dan Hakim Besar Sundaresh Menon.

Dalam ucapan selepas mengangkat sumpah yang mendapat tepukan gemuruh, PM Lee menarik perhatian bahawa ia adalah "detik penting dalam sejarah kita".

Dalam ucapannya sendiri, Puan Halimah berikrar "untuk terus berkhidmat kepada negara".

Sejurus itu beliau dan PM Lee kembali ke Plaza Istiadat untuk bergambar dengan para menteri Kabinet.

Sekitar 200 tetamu diundang untuk menghadiri upacara berkenaan. Mereka termasuk para menteri Kabinet, Anggota Parlimen, anggota kehakiman, pegawai awam dan diplomat-diplomat utama dari beberapa negara ASEAN dan juga negara lain termasuk China dan Jepun. 

Sumber : Today/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan