Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Singapura kongsi hubungan dua hala yang kaya dan berpanjangan dengan UK: Presiden Halimah Yacob

Singapura dan Britain menikmati hubungan dua hala yang semula jadi disebabkan sejarah yang dikongsi kedua-dua negara, demikian menurut Presiden Halimah Yacob hari ini (31 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Singapura kongsi hubungan dua hala yang kaya dan berpanjangan dengan UK: Presiden Halimah Yacob
Diterbitkan : 01 Nov 2017 12:16AM Dikemas Kini : 01 Nov 2017 12:50AM

SINGAPURA: Singapura dan Britain menikmati hubungan dua hala yang semula jadi disebabkan sejarah yang dikongsi kedua-dua negara, demikian menurut Presiden Halimah Yacob hari ini (31 Okt).

Kedua-dua negara turut menjalin hubungan yang kaya dan kian lama bertahan, kata Presiden Halimah dalam majlis makan malam rasmi di Istana bagi Putera Charles dan isterinya, Duchess Cornwall yang tiba di Singapura semalam (30 Okt) untuk lawatan empat hari.

Sejarah bersama antara kedua-dua negara bermula pada 1819 apabila Sir Stamford Raffles membuka pelabuhan perdagangan bebas di Singapura, kata Presiden Halimah.

"Ini merupakan permulaan bagi pembangunan Singapura yang moden dan ia pandangan global dalam DNA Singapura. Hari ini, hasil perdagangan adalah tiga kali ganda berbanding GDP Singapura (Hasil Dalam Negeri Kasar)," tambahnya.

Britain merupakan rakan dagangan Eropah kelima terbesar Singapura dan pelabur keenam terbesar. Presiden Halimah menarik perhatian lebih 4,000 syarikat Britain kini di Singapura, termasuk Rolls-Royce, GlaxoSmithKline dan Dyson, semuanya banyak menyumbang kepada landskap inovasi Singapura.

Selain hubungan ekonomi, Presiden Halimah berkata, Raffles turut mempengaruhi penggunaan bahasa di Singapura, bentuk tadbir urus dan sistem perundangan serta seni bina, nama jalan raya dan sekolah-sekolah di sini.

Putera Charles juga menarik perhatian hubungan erat kedua-dua negara. "Hari ini, hubungan kami yang terjalin berdasarkan persamaan, berdasarkan sejarah yang dikongsi dan jika saya boleh menambah juga, (berdasarkan) kepercayaan dan persefahaman hasil daripada persahabatan sejati.

"Ia adalah sebuah persahabatan yang sangat bermakna bagi kami semua," katanya.

Menurut beliau lagi, "Kedua-dua negara memahami bahawa sekiranya kita harus menangani cabaran yang melanda dunia - dari perubahan iklim kepada pengganasan - kita harus bekerjasama, sama seperti yang kita perlu lakukan jika ingin memperbaiki masyarakat dan merangsang lagi ekonomi demi masa depan anak-anak dan cucu-cucu kami.

"Teras hubungan kami, Presiden Halimah, adalah kepercayaan bersama, bahawa dengan bekerjasama, kita meraih manfaat yang lebih besar."

Hari ini, Britain mempunyai salah satu daripada masyarakat Singapura terbesar di luar negara.

"Selain menggelar Britain rumah kedua mereka, ramai rakyat Singapura yang secara aktif menyumbang kepada masyarakat Britain. Begitu juga dengan 40,000 masyarakat Britain yang menetap di Singapura. Mereka menjadi sebahagian penting dalam kisah Singapura menerusi sumbangan mereka yang pelbagai," ujar Presiden Halimah dalam ucapannya.

Ini merupakan lawatan kedua Putera Charles ke Singapura dengan yang pertama pada 1979. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan