Skip to main content

Iklan

Iklan

Raja Bhumibol membuka jalan bagi hubungan S'pura-Thailand, kata Presiden Halimah

Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej mengasaskan hubungan dua hala yang kukuh antara Thailand dengan Singapura, kata Presiden Halimah Yacob hari ini (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Oct 2017 10:50PM Dikemas Kini : 26 Oct 2017 11:20PM

BANGKOK: Mendiang Raja Bhumibol Adulyadej mengasaskan hubungan dua hala yang kukuh antara Thailand dengan Singapura, kata Presiden Halimah Yacob hari ini (26 Okt).

"Malah, Thailand merupakan salah satu negara pertama yang mengiktiraf kemerdekaan Singapura pada 1965," tambah beliau.

Puan Halimah berkata demikian kepada media Singapura di Bangkok di mana beliau menghadiri upacara persemadian Raja Bhumibol.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Presiden Halimah ke luar negara sebagai Ketua Negara Singapura.

Puan Halimah menarik perhatian bahawa Raja Bhumibol merupakan salah seorang raja yang paling dihormati dan diingati dalam era moden in.

Mendiang Raja Bhumipol juga menurut Presiden Halimah adalah sebab, hubungan antara Singapura dengan Thailand bertahan sekian lama.

Hubungan dua hala ini merangkumi pelbagai bidang, kata beliau: "Hubungan ekonomi sangat kuat, kerjasama keselamatan yang strategik dan hubungan rakyat kedua-dua negara".

"Ramai rakyat Singapura mengunjungi Thailand dan ramai warga Thai berkunjung ke Singapura," tambah beliau."Hubungan ini akan terus bertahan dan kami akan bekerjasama rapat dengan Raja Maha Vijaralongkorn."

Presiden Halimah diiringi suaminya Encik Mohamed Abdullah Alhabshee, juga para pegawai dari Pejabat Presiden dan Kementerian Ehwal Luar.

Lawatan terakhir beliau ke Thailand adalah pada Ogos 2013 sebagai Speaker Parlimen.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan