Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Puan Presiden Halimah Yacob selesai angkat sumpah jawatan selaku Presiden ke-8

Presiden wanita pertama Singapura, Puan Halimah Yacob, dengan rasminya mengangkat sumpah jawatan di Istana hari ini (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Sep 2017 07:09PM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 04:43PM

SINGAPURA: Presiden wanita pertama Singapura, Puan Halimah Yacob, dengan rasminya mengangkat sumpah jawatan di Istana hari ini (14 Sep).

Beliau disambut oleh Pengawal Kehormatan, yang diperiksa olehnya buat pertama kalinya selaku Presiden.

Acara mengangkat sumpah tersebut berlangsung di Dewan Negara di Istana. Ia dihadiri oleh menteri-menteri Kabinet, anggota-anggota badan kehakiman dan tokoh-tokoh ternama yang lain. Acara dimulakan dengan menyanyikan lagu kebangsaan Singapura.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Ketua Hakim Sundaresh Menon menjadi saksi bagi acara angkat sumpah tersebut.

"Saya, Halimah Yacob, dilantik menjadi Presiden kepada Republik Singapura, bersumpah bahawa saya akan menjalankan tugas-tugas saya dengan jujur dan ikhlas," isytihar Puan Halimah.

Puan Halimah menjadi Presiden ke-8 Singapura setelah mengambil alih jawatan Encik Tony Tan Keng Yam.

Hari ini juga merupakan hari pertama Puan Halimah Yacob secara rasminya memulakan penggal enam tahun sebagai Presiden. 

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan