Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah Yacob harap lebih banyak model warga tua dirawat di rumah diterapkan

Membantu warga tua sembuh di rumah atau di kawasan kejiranan mereka selepas keluar dari hospital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Nov 2017 08:40PM Dikemas Kini : 20 Nov 2017 11:20PM

SINGAPURA: Membantu warga tua sembuh di rumah atau di kawasan kejiranan mereka selepas keluar dari hospital.

Presiden Halimah Yacob berharap model sedemikian dapat dilihat di lebih banyak kejiranan merata Singapura.

Pusat Masyarakat bagi Penuaan Berjaya yang terletak di Kelab Masyarakat Whampoa misalnya menempatkan sebuah klinik, pusat dan khidmat jagaan harian warga tua di bawah satu bumbung.

Ia merupakan satu kerjasama antara Kementerian Kesihatan, Kumpulan Jagaan Kesihatan Kebangsaan, Yayasan Tsao serta pertubuhan-pertubuhan akar umbi Whampoa.

Ini bagi menyediakan jagaan warga tua yang menyeluruh menerusi rangkaian penyedia kesihatan masyarakat serta bukan jagaan kesihatan.

Puan Halimah berharap model jagaan warga tua yang menyeluruh boleh disebarkan ke seluruh Singapura, termasuk kawasan undinya terdahulu yakni Marsiling yang mempunyai ramai penduduk tua. 

Sumber : CNA/NF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan