Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah Yacob anugerahkan Pingat Jasa Gemilang kepada Ketua Polis M'sia

Majlis penyampaian anugerah itu dihadiri tetamu dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan pegawai dari PDRM dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah Yacob anugerahkan Pingat Jasa Gemilang kepada Ketua Polis M'sia

Ketua Polis Negara Malaysia Mohamad Fuzi Harun. (Gambar: Mohamad Fuzi Harun/ Facebook)

Diterbitkan : 26 Sep 2017 11:07PM Dikemas Kini : 27 Sep 2017 12:35AM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menganugerahkan Pingat Jasa Gemilang kepada Ketua Polis Negara Malaysia Mohamad Fuzi Harun, pada Isnin (25 Sep).

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menyatakan di bawah kepimpinan Mohamad Fuzi, hubungan akrab antara Cawangan Khas Malaysia (MSB) dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) Singapura semakin kukuh.

“Terdapat pertukaran risikan yang substantif dan kerjasama meluas dalam bidang membabitkan kepentingan keselamatan bersama, terutama sekali dalam menentang ancaman keganasan,” tambah MHA menerusi laman rasminya.

Mohamad Fuzi memimpin melalui teladan dan menyerlahkan keazaman serta kepimpinan yang pintar dalam memerangi ancaman keganasan yang berterusan, menurut kenyataan itu.

Anugerah itu bagi mengiktiraf peranan dan komitmen Mohamad Fuzi yang cemerlang dalam mempertingkatkan hubungan profesional yang utuh antara MSB dan ISD, dan sumbangan penting beliau kepada keselamatan Malaysia, Singapura dan rantau ini, kata MHA.

Mohamad Fuzi dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Julai 2015, dan dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 4 September 2017. 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam menyampaikan anugerah itu kepada Mohamad Fuzi di MHA.

Majlis penyampaian anugerah itu dihadiri tetamu dari Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan pegawai dari PDRM dan MHA.

Sumber : Bernama/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan