Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah sambut Putera Charles dan isteri di Istana

Presiden Halimah Yacob menyambut Putera Charles dan isterinya, Camilla di Istana hari ini (31 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Oct 2017 01:23PM Dikemas Kini : 31 Oct 2017 10:09PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob menyambut Putera Charles dan isterinya, Camilla di Istana hari ini (31 Okt).

Putera Charles yang tiba sekitar jam 10.30 pagi disambut dalam satu upacara penuh istiadat, termasuk memeriksa kawalan kehormatan.

Pasangan tersebut sebelum ini sempat beramah mesra dengan para atlit tempatan yang mengambil bahagian dalam Larian Baton Ratu Elizabeth, yang berlangsung di seluruh dunia menjelang Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Pasangan itu juga mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isterinya, Cik Ho Ching, di Istana.

Lawatan empat hari ini merupakan lawatan rasmi ke Singapura yang kedua buat Putera Charles dan yang pertama untuk Camilla.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan