Skip to main content

Iklan

Iklan

Presiden Halimah lancarkan program 'Pekebun Relawan @Istana', mudahkan akses bagi orang ramai

Mulai Januari depan, anda yang gemar berkebun, boleh menyumbang pengetahuan anda bercucuk tanam dalam projek taman di Istana.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mulai Januari depan, anda yang gemar berkebun, boleh menyumbang pengetahuan anda bercucuk tanam dalam projek taman di Istana.

Selama tiga hari sebulan, pekarangan Istana dibuka kepada pekebun relawan di bawah inisitiatif baru Istana- Lembaga Taman Negara (NParks).

Dilancarkan Presiden Halimah Yacob ia bertujuan membuka akses Istana kepada lebih banyak warga Singapura.

(Presiden Halimah bersama dengan relawan di Taman Rempah Ratus)

50 RELAWAN KUMPULAN PERTAMA DAFTARKAN DIRI BAGI 'PEKEBUN RELAWAN @ISTANA'

Seawal 9 pagi lagi, 50 relawan berkumpul di Taman Rempah Ratus di pekarangan Istana.

Mereka merupakan kumpulan pertama yang mendaftarkan diri bagi program 'Pekebun Relawan @Istana'.

Selama tiga kali sebulan, mereka boleh sama-sama memilih biji untuk ditanam, merawat tanaman dan menuai hasilnya.

Mereka dapat melakukan aktiviti-aktiviti ini di tujuh hingga lapan kawasan di pekarangan Istana termasuk Taman Rempah ratus, Taman Jepun serta laman di depan bangunan Istana.

(Diantara tanaman di Kebun Rempah Ratus ialah pokok cili)

Pintu Istana dibuka kepada pekebun relawan pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, minggu pertama setiap bulan, kecuali Januari dari 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Presiden Halimah berkata: "Saya rasa ini satu penglibatan yang baik kerana kita juga mahu warga kita mempunyai kenangan, apa yang mereka di Istana dan kawasan di Istana, dan itu adalah penting bagi kita mengadakan sebuah identiti Singapura.

"Jadi saya berharap bahawa ini merupakan satu usaha, program yang dapat lebih mempereratkan warga Singapura kepada Istana dan juga pada masa yang sama dapat adakan, mereka mempunyai kenangan yang baik tentang Istana."

Para relawan tidak perlu mempunyai pengalaman bercucuk tanam dan semua alat berkebun disediakan NParks.
Puan Halimah sendiri menanam pokok buah pala sempena sempena pelancaran program Pekebun Relawan ini.

(Penerima Cabaran Presiden turut berpeluang mengunjungi Kebun Rempah Ratus di Istana)

KEBUN ISTANA DIKUNJUNGI 20 PENERIMA BANTUAN CABARAN PRESIDEN

20 penerima bantuan Cabaran Presiden dari Rumah Jagaan Yong-en turut diundang bagi lawatan ke kebun Istana.

"Saya sudah umur 69 tahun, mendapat peluang yang luar biasa daripada Presiden, mengundang kami, mengundang saya untuk melihat bagaimana cucuk tanam yang diadakan di Istana ini," kata Encik Ahmad Habib, penerima bantuan Pusat Jagaan Yong-en.

Sebelum ini, orang ramai hanya boleh mengunjungi Istana pada acara Rumah Terbuka Istana sempena cuti-cuti perayaan.

Bulan lalu, Presiden Halimah melancarkan siri Berkelah@Istana di mana empat piknik diadakan setiap tahun.

Mereka yang berminat boleh mendaftarakan diri dalam laman NParks.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan