Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Mayflower sekolah rendah aliran utama pertama terima murid kurang daya pendengaran

Sekolah Rendah Mayflower (MFPS) akan menjadi sekolah rendah aliran utama yang pertama di Singapura untuk menerima murid-murid kurang daya pendengaran yang tahu menggunakan bahasa isyarat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Sep 2017 06:25PM Dikemas Kini : 19 Sep 2017 04:29PM

SINGAPURA: Sekolah Rendah Mayflower (MFPS) akan menjadi sekolah rendah aliran utama yang pertama di Singapura untuk menerima murid-murid kurang daya pendengaran yang tahu menggunakan bahasa isyarat.

Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) hari ini (16 Sep).

Dengan sehingga tujuh murid diterima masuk ke dalam kohort darjah satu di sekolah tersebut bermula Januari tahun depan, inisiatif itu membolehkan para pelajar berkenaan bergaul dengan rakan-rakan lain yang boleh mendengar, baik dari segi akademik mahupun sosial.

Buat masa ini, para murid yang hilang daya pendengaran tahap sederhana hingga teruk (profound) namun tahu menggunakan bahasa isyarat menghadiri sekolah-sekolah pendidikan khas.

Di MFPS, para pelajar tersebut akan belajar tiga mata pelajaran teras bersama-sama dengan rakan-rakan lain yang boleh mendengar: Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Jasmani (PE).

Setiap kelas akan diajar oleh dua guru khas yang mahir menggunakan bahasa isyarat.

Bagi memastikan kemudahan dan keselamatan, prasarana-prasarana visual akan dipasang pada sistem pengumuman, alat penggera kebakaran dan loceng di merata sekolah.

Dengan mengikuti jadual sekolah biasa dan menyertai program-program serta kegiatan seperti kegiatan luar darjah (CCA) dan perkhemahan, model pendidikan baru itu diharap dapat "memberi manfaat kepada para pelajar - baik yang kurang daya pendengaran mahupun yang boleh mendengar," kata Dr Janil Puthucheary di majlis pelancaran Minggu Golongan Kurang Daya Pendengaran Antarabangsa.

Berucap di SADeaf, Dr Puthucheary berkata beliau berharap para pelajar kurang daya pendengaran boleh membina keyakinan diri dan kemahiran sosial sedang mereka berinteraksi dan bergaul dengan rakan-rakan mereka," tambah Dr Puthucheary.

MFPS terletak berdekatan Sekolah Menengah Beatty, yang merupakan sekolah menengah aliran utama yang menerima para pelajar kurang daya pendengaran.

"Bersama-sama, kedua-dua sekolah itu akan membentuk rangkaian sokongan dan membuka peluang bagi para pelajar untuk berinteraksi dan berkongsi kegiatan," kata Dr Puthucheary.

Presiden Halimah Yacob adalah tetamu terhormat di majlis tersebut, di mana beliau bertemu dengan para wakil SADeaf dan juga para penerima anugerah seperti Anugerah Khidmat Panjang Sukarelawan NCSS dan Anugerah Cemerlang bagi golongan itu.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan