Jamiyah ucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Presiden Halimah Yacob
Setinggi-tinggi tahniah buat Puan Halimah Yacob yang dipilih menjadi Presiden negara ini, demikian dinyatakan Jamiyah dalam satu surat yang dikirimkan kepada beliau hari ini (15 Sep).
SINGAPURA: Setinggi-tinggi tahniah buat Puan Halimah Yacob yang dipilih menjadi Presiden negara ini, demikian dinyatakan Jamiyah dalam satu surat yang dikirimkan kepada beliau hari ini (15 Sep).
"Anda membuat semua rakyat Singapura bangga kerana menjadi Presiden wanita pertama dalam sejarah negara ini," menurut surat itu yang ditulis Presiden Jamiyah Dr Mohd Hasbi Abu Bakar bagi pihak badan itu.
Menurut surat itu lagi, pengalaman luas yang dibawa Puan Halimah ke pejabat Presiden akan memberi manfaat kepada beliau dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Presiden negara ini.
"Moga Allah SWT melimpahkan kurnia dan rahmatNya bagi anda mencapai misi mulia anda," tulis Dr Mohd Hasbi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.