Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

4 kumpulan bantu diri ucap tahniah kepada Presiden Halimah; akan terus sokong bina S'pura lebih kukuh

Empat kumpulan bantu diri (SHG) yang terdiri daripada Yayasan MENDAKI, Majlis Bantuan Pembangunan Cina (CDAC), Persatuan Pembangunan India Singapura (SINDA) dan Persatuan Serani (EA) mengucapkan tahniah kepada Puan Halimah Yacob yang menjadi Presiden kelapan Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
4 kumpulan bantu diri ucap tahniah kepada Presiden Halimah; akan terus sokong bina S'pura lebih kukuh

Cik Halimah Yacob dan suaminya, Mohamed Abdullah Alhabshee (Gambar: Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Empat kumpulan bantu diri (SHG) yang terdiri daripada Yayasan MENDAKI, Majlis Bantuan Pembangunan Cina (CDAC), Persatuan Pembangunan India Singapura (SINDA) dan Persatuan Serani (EA) mengucapkan tahniah kepada Puan Halimah Yacob yang menjadi Presiden kelapan Singapura.

Sikap cemerlang, kecekalan dan azam Puan Halimah bersama pengetahuan dan pengalaman luas beliau akan memberi manfaat dalam menjalankan tugas baru sebagai Presiden, menurut keempat-empat SHG dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini (15 Sep).

Empat SHG itu juga menambah bahawa Puan Halimah mempunyai minat mendalam dan kesungguhan dalam memperjuangkan kepentingan keluarga, wanita dan pekerja.

Ia yakin Presiden Halimah akan menetapkan perkara itu antara keutamaan beliau dalam membina masyarakat yang lebih baik buat manfaat semua rakyat Singapura.

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa keempat-empat SHG berkenaan akan terus menyokong Puan Halimah dalam membina tempat tinggal yang lebih baik dan masa depan lebih cerah bagi semua rakyat Singapura.

Ia akan terus mencari peluang untuk bekerjasama bagi mempertingkatkan usaha mendampingi masyarakat sebagai respons kepada gesaan Puan Halimah untuk menjaga dan membantu sesama rakyat agar semua boleh mendapat manfaat daripada kejayaan negara ini.

"Dalam pelbagai projek di mana beliau menjadi Penasihat, Puan Halimah memainkan peranan penting dalam menyatukan kepakaran dalam masyarakat untuk membantu menyediakan huraian inovatif dan idea.

"Kami yakin beliau akan berkhidmat sebagai Presiden dengan penuh jiwa raga dalam membawa masyarakat bersama dan mengutamakan kepentingan Singapura dan rakyatnya," kata CEO MENDAKI Cik Rahayu Buang.

Keempat-empat SHG itu yakin Puan Halimah akan terus menyokong dalam mempertingkatkan taraf hidup golongan kurang bernasib baik dan menyumbang kepada kejayaan berbilang kaum di Singapura.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan