Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PM Najib ucap takziah dan simpati mendalam kepada keluarga mangsa gempa Sabah

Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mengutus surat kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucap takziah dan simpati mendalam kepada keluarga mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jun 2015 10:53PM Dikemas Kini : 09 Jun 2015 10:58PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak mengutus surat kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan ucap takziah dan simpati mendalam kepada keluarga mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah.

Dalam surat itu, PM Najib memberi jaminan bahawa Malaysia mengambil semua langkah yang perlu untuk segera melakukan gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa-mangsa.

Menurut PM Najib ingatan dan doanya untuk Singapura dalam mengharungi masa-masa sukar sekarang.

Dalam jawapan balasnya, PM Lee mengucapkan terima kasih atas ucap takziah yang disampaikan kepada rakyat Singapura yang terkorban dalam gempa itu.

PM Lee berkata Singapura juga sangat menghargai sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia, terutama sekali kerajaan dan agensi-agensi negeri Sabah.

Encik Lee berkata ia satu kejadian yang tragik bagi negara-negara.

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan