Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

MOE kerahkan lebih 100 kaunselor bantu murid-murid terbabit dalam gempa bumi di Gunung Kinabalu

Kementerian Pendidikan (MOE) mengerahkan lebih 100 orang kaunselor bagi membantu murid-murid yang terbabit dalam tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Anggaran Waktu Membaca:
MOE kerahkan lebih 100 kaunselor bantu murid-murid terbabit dalam gempa bumi di Gunung Kinabalu

Emyr Uzayr (kanan), terselamat daripada gempa di Sabah minggu lepas. (Gambar: Laman Facebook Emyr)

Diterbitkan : 09 Jun 2015 04:38PM Dikemas Kini : 09 Jun 2015 05:28PM

SINGAPURA: Kementerian Pendidikan (MOE) mengerahkan lebih 100 orang kaunselor bagi membantu murid-murid yang terbabit dalam tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Mereka ditugaskan sejak berlakunya tragedi itu yang mengakibatkan lapan warga Singapura maut, kebanyakan pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong.

Sesi kaunseling itu disediakan bagi menenangkan mereka yang terlibat terutama dari segi emosi. 

Mereka mendampingi murid-murid yang selamat dan keluarga murid-murid yang terkorban bagi memberikan nasihat pakar.

Antara mereka ialah Cik Ilyana Akbar seorang kaunselor yang mempunyai pengalaman sembilan tahun.

Beliau ditugaskan untuk mendampingi dan memberi kaunseling kepada 19 orang murid yang selamat daripada tragedi itu yang mungkin terganggu dengan kejadian menakutkan yang mereka alami.

"Bila saya berbual dengan keluarga dan juga pelajar itu, tidak ada reaksi yang melampau. Apa yang saya selalu pastikan ketika berbual dengan mereka ialah mereka makan, tidur dan lakukan aktiviti normal. Keprihatinan yang utama ialah kesihatan mereka. Jika mereka mempunyai sebarang kesakitan di badan, pinggang. Dari segi emosi, tiada yang terlampau buat setakat ini. Sejauh ini keluarga mereka memberikan mereka sokongan dengan mendengarkan cerita-cerita yang terjadi," kata Cik Ilyana. 

Menurut Cik Ilyana selepas beberapa hari mendampingi mereka,murid-muird itu sudah mula menerima kenyataan bahawa ada rakan-rakan mereka yang terkorban dan secara perlahan-lahan cuba mengatasi kesedihan mereka.

"Pada mulanya mereka akan rasa sedih, terkejut. Tapi sekarang ini mereka lebih stabil, dengan perlahan mereka sedang menyesuaikan diri kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Bagi ibu bapa yang kehilangan anak mereka, sebuah lagi kumpulan kaunselor sedang membantu mereka. Sekumpulan kaunselor yang lain juga berada di Sekolah Rendah Tanjong Katong untuk membantu 19 pelajar lain yang terselamat. Kami semua mempunyai tanggungjawab yang berbeza," jelasnya. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan