Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia nafi Sabah akan dilanda gempa bumi susulan kuat

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini menafikan khabar angin yang tersebar luas melalui media sosial yang mengatakan, Sabah akan dilanda gempa bumi susulan dalam masa terdekat.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia nafi Sabah akan dilanda gempa bumi susulan kuat

Pasukan penyelamat Malaysia di Kundasang semasa mangsa gempa dipindahkan, pada 6 Jun. (Gambar: AFP/MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 17 Jun 2015 04:15PM Dikemas Kini : 17 Jun 2015 04:19PM

RANAU: Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini menafikan khabar angin yang tersebar luas melalui media sosial yang mengatakan, Sabah akan dilanda gempa bumi susulan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan jabatan itu, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihaknya mengenai gempa bumi susulan dengan ukuran 5.9 hingga 7 skala Rikter yang dilaporkan di media-media sosial yang dikatakan bakal berlaku sekitar 9.00 hingga 12.00 tengah malam hari ini.

"Kawasan kejadian memang berhampiran kawasan garis aktif. Pada masa in memang benar bahawa Gunung Kinabalu kurang selamat dan ditutup untuk proses-proses pemulihan. Gempa susulan di peringkat yang lemah dan yang terakhir dicatat ialah pada 15 Jun sekuat 2.6 pada skala Rikter," kata Cik Nur Asmawati Shahlal dari Jabatan Meteorologi Malaysia, menjelaskan tentang keadaan sebenar terutama di sekitar Gunung Kinabalu di Sabah.

Menurut Cik Nur Asmawati, walaupun ada gegaran susulan kecil berlaku, beberapa langkah sudahpun diambil oleh Jabatan Meteorologi Malaysia untuk memantau keadaan, supaya ia tidak menimbulkan rasa cemas yang tidak berasas.

"Kami menasihatkan orang ramai menghubungi pejabat kami untuk berita terkini. Banyak khabar angin yang disebarkan di medai sosial dan jangan terlalu percaya dengan berita khabar angin," jelasnya. 

Sumber : Agensi berita/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan