Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Kes bogel di Kinabalu: 4 pelancong dihukum jel 3 hari

Empat pelancong asing dijatuhi hukuman penjara tiga hari setelah gambar-gambar mereka berbogel di puncak Gunung Kinabalu tersebar online.

Anggaran Waktu Membaca:
Kes bogel di Kinabalu: 4 pelancong dihukum jel 3 hari

Warga Belanda, Dylan Snel, berbaju putih (tengah), diiringi polis setibanya di mahkamah di Kota Kinabalu. (Gambar: AP/Syaradik Babuca)

Diterbitkan : 12 Jun 2015 08:24PM Dikemas Kini : 13 Jun 2015 02:04AM

KOTA KINABALU: Empat pelancong asing dijatuhi hukuman penjara tiga hari setelah gambar-gambar mereka berbogel di puncak Gunung Kinabalu tersebar online.

Eleanor Hawkins dari Britain, 24 tahun, warga Belanda, Dylan Snel, 23 tahun, dan dua beradik Kanada, Lindsey Petersen, 23 tahun, dan Danielle Petersen, 22 tahun, sebelum ini mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Kota Kinabalu, Sabah.

Mereka berempat didakwa berkelakuan tidak senonoh di tempat awam, dan juga didenda RM5,000. Hukuman penjara mereka bermula pada 9 Jun, iaitu tarikh mereka ditangkap polis - justeru mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas membayar denda. 

Gunung Kinabalu setinggi 4,095 meter, yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia dan merupakan destinasi mendaki yang popular, dianggap suci oleh kumpulan-kumpulan suku kaum di Sabah.

Justeru apabila gambar-gambar bogel para pelancong itu, yang dipetik pada 30 Mei lalu, tersebar di Internet, ia membangkitkan kemarahan ramai warga Malaysia. Perbuatan mereka itu dianggap bertentangan dengan adat resam tempatan.

Keempat-empat mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan pelancong yang dipercayai menanggalkan pakaian dan memetik gambar dengan keadaan berbogel di puncak gunung tersebut.

CABAR  TANGGALKAN PAKAIAN

Mereka berempat, yang digari tangan mereka, kelihatan gelisah setiba di mahkamah.

Menurut dakwaan yang dibaca di mahkamah hari ini, keempat mereka mencabar satu sama lain untuk menanggalkan pakaian masing-masing dan melihat siapa di antara mereka yang dapat menahan cuaca sejuk di gunung itu, meskipun ditegur oleh malim gunung mereka.

Mahkamah diberitahu dua lelaki itu berbogel, sementara kedua-dua wanita menanggalkan baju mereka. Mereka berempat mengaku bersalah.

Polis memberitahu AFP bahawa mereka sedang memburu lima lagi suspek, yang mungkin sudah meninggalkan Sabah.

Sebahagian penduduk percaya kelakuan para pelancong yang menanggalkan pakaian mereka itu mencetuskan kemarahan roh-roh yang menghuni gunung itu, hingga menyebabkan gempa bumi pada 5 Jun yang meragut 18 nyawa. 

Sumber : CNA/AFP/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan