Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Keluarga salah seorang mangsa gempa Sabah yang maut akan derma sumbangan yang diterima

Keluarga salah seorang daripada tujuh murid Sekolah Rendah Tanjong Katong yang maut dalam kejadian gempa di Sabah baru-baru ini, memutuskan untuk menderma sumbangan yang diterima

Anggaran Waktu Membaca:
Keluarga salah seorang mangsa gempa Sabah yang maut akan derma sumbangan yang diterima

(Gambar: Pichayada Promchertchoo)

Diterbitkan : 15 Jun 2015 08:11AM Dikemas Kini : 15 Jun 2015 08:28AM

SINGAPURA: Keluarga salah seorang daripada tujuh murid Sekolah Rendah Tanjong Katong yang maut dalam kejadian gempa di Sabah baru-baru ini, memutuskan untuk menderma sumbangan yang diterima atas kematian anaknya, kepada para malim gunung Malaysia yang membantu para pelajar sekolah tersebut selepas gempa itu melanda.

Bapa kepada murid 12 tahun, Rachel Ho berkata, keluarganya menerima sumbangan besar semasa upacara persemadian anaknya dan mahu membantu malim-malim gunung yang sedang melalui masa yang sukar sekarang.

Keluarga itu juga sedang bekerjasama dengan TKPS, untuk melihat sama ada sumbangan itu mungkin dapat membantu keluarga guru TKPS Mohammad Ghazi Mohamed dan jurupandu pendakian Muhammad Daanish Amran yang turut terkorban dalam gempa tersebut.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan