Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Heng Swee Keat: Gunakan Hari Peringatan Negara untuk hargai semangat guru dan para pelajar

Menggunakan Hari Peringatan Negara untuk menghargai semangat guru-guru dan para pelajar serta sokongan masyarakat dan kenalan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Jun 2015 09:33PM Dikemas Kini : 08 Jun 2015 09:39PM

SINGAPURA: Menggunakan Hari Peringatan Negara untuk menghargai semangat guru-guru dan para pelajar serta sokongan masyarakat dan kenalan.

Menteri Pendidikan Heng Swee Keat menekankan hal ini dalam satu emel yang dihantar ke para pekerja di bawah kementerian itu pagi tadi.

Beliau menggesa mereka untuk kuatkan semangat dalam waktu hiba ini.

Selain acara pengebumian bagi dua mangsa beragama Islam yang diadakan pagi tadi, acara memberi penghormatan terakhir turut diadakan bagi enam mangsa lain.

Orang ramai hadir di kediaman Sonia Jhala di Jalan Tenaga untuk memberi penghormatan terakhir.

Mereka menggambarkan Shonia sebagai seorang pelajar yang ceria dan aktif serta berani berhadapan dengan cabaran.

Rakan-rakan Sonia juga datang bersama ibu bapa mereka.

Para kaunselor juga kelihatan hadir untuk memberi sokongan kepada kanak-kanak itu.

Salah seorangnya ialah rakan sekolah Sonia yang juga merupakan jirannya.

"Dia seorang yang sangat membantu. Pernah sekali, saya terjatuh dan dia membantu saya dan membawa saya duduk di kerusi. Dia tanya samada saya okey atau tidak." kata Muhammad Rasheen, seorang pelajar TKPS tentang Sonia.

Muhammad Rasheen juga kehilangan dua rakan sedarjahnya, Emilie dan Karyl dalam tragedi itu.

Acara penghormatan mereka diadakan di Singapore Casket.

Acara serupa untuk seorang korban lagi, Rachel Ho diadakan di rumahnya hingga Khamis ini.

Bagi korban Singapura pertama yang dikenal pasti, Peony Wee, mayatnya akan disemadikan pada pagi Khamis.  

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan