Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hakisan di lereng Kinabalu dijangka jika hujan berterusan

Hujan diramalkan berterusan sepanjang Ramadan, dan ini dijangka akan menyebabkan hakisan di lereng Gunung Kinabalu dan membawa batuan, tanah dan kayu mengalir ke lembah, lurah dan sungai.

Anggaran Waktu Membaca:
Hakisan di lereng Kinabalu dijangka jika hujan berterusan

Gunung Kinabalu. (Gambar: Saifulbahri Ismail)

Diterbitkan : 18 Jun 2015 10:52PM Dikemas Kini : 18 Jun 2015 10:55PM

KOTA KINABALU: Hujan diramalkan berterusan sepanjang Ramadan, dan ini dijangka akan menyebabkan hakisan di lereng Gunung Kinabalu dan membawa batuan, tanah dan kayu mengalir ke lembah, lurah dan sungai.

Jurucakap Jabatan Mineral dan Geosains Sabah Jontih Enggihon berkata hujan berterusan akan lebih memburukkkan keadaan terutamanya di kawasan yang berhampiran sungai.

Hakisan itu akan membentuk aliran lumpur yang membawa beribu tan tanah, dan batu berat yang bergolek akan menghakis tebing dan dasar sungai.

Beliau menambah bahawa penduduk di sepanjang sungai terdedah kepada bahaya akibat hakisan tebing, kesan daripada hentakan kuat daripada serpihan yang dibawa oleh banjir lumpur.

Menurut beliau, keadaan itu adalah fasa selepas gempa yang berlaku, dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa sekiranya tindakan wajar tidak diambil.

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan