Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Gempa Sabah: Operasi cari dua lagi warga S'pura diteruskan

Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu sudah bermula sejak 6.00 pagi tadi.

Anggaran Waktu Membaca:
Gempa Sabah: Operasi cari dua lagi warga S'pura diteruskan

Pasukan penyelamat Malaysia di Kundasang semasa mangsa gempa dipindahkan, pada 6 Jun. (Gambar: AFP/MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 09 Jun 2015 10:28AM Dikemas Kini : 09 Jun 2015 10:42AM

KUNDASANG: Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu sudah bermula sejak 6.00 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah, operasi tersebut yang terdiri lebih daripada 10 anggota dilaporkan mendarat di Laban Rata.

"Hari ini keadaan cuaca mengizinkan, walaupun ada kabus sedikit, tetapi ia tidak seteruk semalam, dan pasukan kami juga telah mendarat di Laban Rata. Operasi pencarian kini telah bermula," katanya kepada Bernama hari ini.

Dua rakyat Singapura yang masih belum ditemukan itu ialah pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong, Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar dan guru, Mohammad Ghazi Mohamed.

Semalam, gerakan tersebut terpaksa dihentikan akibat kabus tebal di persekitaran gunung. Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan mereka ialah enam dari Malaysia, Singapura (tujuh), Filipina (satu), China (satu), Jepun (satu).

Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter itu berpusat 16 kilometer di barat laut Ranau dan berlaku 7.15 pagi Jumaat. 

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan