Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Gempa Sabah: Dua lagi rakyat S’pura disahkan terkorban

 Baki dua warga Singapura yang dilaporkan hilang di Gunung Kinabalu, kini dipastikan sudah meninggal dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Jun 2015 11:07AM Dikemas Kini : 10 Jun 2015 09:56PM

SINGAPURA: Baki dua warga Singapura yang dilaporkan hilang di Gunung Kinabalu, kini dipastikan sudah meninggal dunia. Ini disahkan Kementerian Pendidikan Singapura (MOE) dan pihak polis Sabah, pagi tadi.

Mereka adalah Mohammad Ghazi Mohamed, guru Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS), dan Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar, murid sekolah itu.

Dengan pengesahan tersebut, ini bermakna kesemuanya 10 warga Singapura terkorban dalam gempa bumi di Sabah itu, Jumaat lalu - tujuh murid TKPS, dua guru dan seorang lagi pemandu kembara.

Mereka antara sekumpulan 29 pelajar dan lapan guru TKPS yang melakukan lawatan berdarmawisata di gunung itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MOE pada 10.40 pagi tadi, ia melahirkan rasa dukacita dengan pengesahan tersebut. Keluarga Mohammad Ghazi dan Navdeep Singh sudah terlebih dahulu dimaklumkan akan berita tersebut.

MOE menambah, jenazah kedua-dua korban gempa itu akan diterbang pulang ke Singapura selepas ujian forensik lanjutan selesai dijalankan di Sabah. Keluarga kedua-dua mangsa meminta agar dibenarkan bersendirian sedang mereka bersedih dengan perkembangan tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata cebisan mayat dikenal pasti mengikut cap jari tangan. "Jadi di sini saya mengisytiharkan bahawa semua mayat ataupun orang hilang sudah dijumpai," ujar beliau.

Dan dengan itu, polis Sabah menyatakan operasi mencari dan menyelamat yang bermula pada 5 Jun, ditamatkan hari ini. Bagaimanapun pusat operasi akan dibuka semula sekiranya berlaku gegaran.

Sejumlah 18 orang terkorban dalam gempa di Gunung Kinabalu itu, termasuk enam dari Malaysia, satu dari Jepun dan satu dari China.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan