Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Bahagian selatan Gunung Kinabalu alami kerosakan teruk

Gempa bumi pada Jumaat lalu mengakibatkan bahagian selatan Gunung Kinabalu mengalami kerosakan teruk, kata Pengarah

Anggaran Waktu Membaca:
Bahagian selatan Gunung Kinabalu alami kerosakan teruk

Seorang pelancong memetik gambar Gunung Kinabalu sehari selepas gempa bumi melanda. (Gambar: AFP/MOHD RASFAN)

Diterbitkan : 09 Jun 2015 08:39AM Dikemas Kini : 09 Jun 2015 09:32AM

KUNDASANG: Gempa bumi pada Jumaat lalu mengakibatkan bahagian selatan Gunung Kinabalu mengalami kerosakan teruk, kata Pengarah
Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais.

Beliau berkata menerusi pemerhatiannya ketika berada di ruang udara gunung tersebut pagi ini bersama pasukan penyelamat, bahagian selatan gunung itu
mengalami runtuhan yang teruk.

"Sebelum membuat tinjauan itu kami merancang untuk mendarat di Laban Rata, sebelum memulakan pendakian ke kilometer 7 untuk melihat tahap kerosakan di situ. Namun kami tidak dapat mendarat ekoran kabus tebal dan angin kencang.

"Oleh itu kami hanya dapat melakukan tinjauan dari udara dan menerusi tinjauan itu, saya melihat runtuhan batu seperti satu aliran sungai yang dinamakan 'River of Stone' yang bermula di antara puncak 'Donkey Ears dan puncak 'Tunku Abdul Rahman'," katanya.

Dr Jamili berkata, bahagian Barat dan Timur gunung tersebut turut mengalami kerosakan sedikit manakala di bahagian utara gunung pula tidak dapat dikenalpasti ekoran kabus tebal meliputi gunung itu.

Bagaimanapun Dr Jamili berkata pasukannya akan cuba untuk mendarat di Laban Rata untuk membuat tinjaun lanjut tahap kerosakan itu pada Rabu ini.

Setakat ini, 16 orang disahkan terkorban dan dua masih hilang dalam gempa berukuran 5.9 pada skala Rikter pada 7.15 pagi, Jumaat lalu - yang terkuat pernah dialami Malaysia setakat ini.  

Sumber : Bernama/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan