Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • wedding hospital
    (Gambar: Choirur Rozaq/ Facebook)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Ini bukan satu lagi babak dalam drama Indonesia di mana pasangan pengantin bernikah berlatarkan suasana di hospital. Malah, 'pasangan' ini tidak mempunyai rancangan untuk menikah sama sekali.

Gambar Pilihan Hari Ini (GPHI) memaparkan suasana di sebuah hospital di daerah Tulungagung, Jawa Timur. Jururawat-jururawat di hospital itu mengenakan pakaian tradisional sempena Hari Pahlawan dan Hari Ulang Tahun hospital itu Jumaat lalu (10 Nov).

Tentu terpesona pesakit melihat jururawat yang segak dan cantik merawat mereka. Mungkin juga terubat sedikit jiwa mereka. 

- BERITAMediacorp/aq

Top