Gambar Pilihan Hari Ini
Matahari sudah tinggi, tapi apakah anda masih melentok seperti kucing ini di atas katil anda?
BERITAMediacorp: Matahari sudah tinggi, tapi apakah anda masih melentok seperti kucing ini di atas katil anda? Tentu ramai yang rasa seperti tidak ingin lakukan apa-apa hari ini - hari Ahad - memandangkan kebanyakan esok harus kembali bekerja.
Gambar Pilihan Hari Ini mengajak anda berkenalan dengan salah seorang ‘penduduk’ Menteri Dr Yaacob Ibrahim di The River Vista @ Kallang. Gambar ini sebenarnya dipetik sendiri oleh Dr Yaacob. Bertuah betul kucing ini kerana diperkenalkan oleh menteri kita meskipun tidak memenangi apa-apa anugerah.
Namun begitu, gelagat comel kucing ini cukup memberi gambaran tepat ‘aktiviti’ yang ingin kita lakukan hari ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.