Gambar Pilihan Hari Ini
Ibarat burung yang terkurung dalam sangkar. Begitulah rasanya jika hak, kebebasan dan kemerdekaan terhambat.
BERITAMediacorp: Ibarat burung yang terkurung dalam sangkar. Begitulah rasanya jika hak, kebebasan dan kemerdekaan terhambat.
Itulah juga gambaran yang mahu diluahkan wanita Barcelona ini yang memakai sangkar yang ‘memenjara’ kepalanya sebagai melambangkan simbol kebebasan dan kemerdekaan wilayah Catalonia yang dihambat kerajaan Sepanyol.
Dengan mengikat bendera Estelada di lehernya dan sangkar di atas kepala, wanita ini merupakan salah satu daripada ratusan ribu orang yang menunjuk perasaan agar wilayah Catalonia mendapatkan status merdeka daripada Sepanyol di Madrid semalam (3 Nov) dan sebagai protes terhadap penangkapan pemimpin pro-kemerdekaan Catalonia oleh pegawai Madrid.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.