Gambar Pilihan Hari Ini
Eh, siapa ini? Tentu terbeliak mata anda melihat wanita dengan penampilan yang menyeramkan ini. Pontianak? Bukan. Yang pasti, ini ‘Pontianak orang putih’.
BERITAMediacorp: Eh, siapa ini? Tentu terbeliak mata anda melihat wanita dengan penampilan yang menyeramkan ini. Pontianak? Bukan. Yang pasti, ini ‘Pontianak orang putih’.
Watak dalam Gambar Pilihan Hari Ini (GPHI) sebenarnya seorang peserta dalam perarakan dinamakan "La Calabiuza" pada Rabu lalu (1 Nov) sempena malam 'Day of the Dead' atau hari yang menyambut mereka yang sudah mati. Dalam sambutan ini, penduduk Tonacatepeque akan memakai kostum sebagai tokoh-tokoh dari mitos Cuscatlan ataupun saudara mereka yang sudah mati.
Bagaimana pula agaknya penampilan peserta yang cuba menyamai saudara mereka yang sudah mati? GPHI ini mungkin memberikan sekilas gambarannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.