Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • gphi 1210
    (Gambar: AFP) 

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Jika anda ke Jakarta, biasanya para penjaja yang berderetan di kaki lima menyediakan makanan-makanan goreng, satay dan sebagainya. Namun ada juga yang menjaja selain itu, seperti yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Di kaki lima Jakarta ini, seorang lelaki yang sedang duduk menanti pelanggan ini. Bukan menjaja makanan atau kertas tisu, tetapi sebaliknya berdagang barang kemas! Ini suatu gambaran yang tidak dapat anda lihat di Singapura ini.

Inilah antara ciri-ciri unik dan menarik Jakarta, ibu kota Indonesia, yang mempunyai lebih 9 juta penduduk. 

- BERITAMediacorp/SM/aq

Top