Gambar Pilihan Hari Ini
GPHI: Aleksandra Chichikova, Ratu Cantik Berkerusi Roda Dunia yang pertama
Lawan segala rasa takut dan kebimbangan yang anda ada. Itulah kata-kata Aleksandra Chichikova, Ratu Cantik Berkerusi Roda Dunia yang pertama. Wanita yang mengenakan baju hijau gelap pada hari pertandingan ini juga merupakan seorang pelajar psikologi dari negara Belarus.
Beliau bertarung dengan 23 wanita cantik lain dari pelbagai negara dalam pertandingan 'Miss Wheelchair World' ini anjuran 'The Only One Foundation' yang diasaskan oleh dua wanita kurang upaya.
Mereka ingin membantu orang kurang upaya mengatasi cabaran hidup untuk mengecapi kejayaan. Mampukah Singapura mempunyai wakil dalam pertandingan ini di tahun-tahun akan datang?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.